Sejak 2019, Bukit Tunku Viewpoint menjadi tumpuan orang ramai untuk melihat kecantikan ibu kota Kuala Lumpur dan bak kata generasi sekarang tempat untuk ‘healing’.

Terbaharu, kecoh di media sosial apabila segelintir netizen berkongsi keadaan viewpoint tersebut yang kini ditutup dengan penghadang. Rata-rata netizen berasa sedih melihat keadaan terbabit kerana tempat ‘healing’ mereka sudah tiada.

Baca Juga:

https://www.tiktok.com/@jess.gn5/video/7188915566248348955?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7139801178280494594

@fourzyzylqnn

Tempat healing kita dah tak ada guys 🥺😢 #viewkl #healing #bukittunku

♬ Strong Sad Vibes (Cover) – Khalid BIN

@wayyanz

Bukit Tunku View Point was one of the best spots for me. It was my healing spot, my good memories and so much more. Its sad that they are blocking it once beautiful view. enjoying it the last time before it is gone #fyp #malaysia #bukittunku #kl #proton

♬ another love – favsoundds

Bukan itu sahaja, ramai juga yang berkunjung ke Bukit Tunku viewpoint itu semalam sebelum ia ditutup selamanya. Akan tetapi, sebab ia ditutup belum diketahui dan menjengah ke komen-komen netizen, penutupan tersebut mungkin disebabkan penduduk di sana tidak tahan dengan sampah yang ditinggalkan pengunjung.

Malah, ada juga yang mendakwa berlaku pencemaran bunyi sehingga menganggu penduduk di kawasan Bukit Tunku. Walaupun ia ditutup tetapi masih ada lagi viewpoint yang anda boleh pergi melihat keindahan ibu kota seperti di Bukit Antarabangsa.