Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

cinta-sejati-7

Sepasang warga emas berusia sekitar 70-an berkunjung ke pusat membeli belah di Korla, China baru-baru ini.

Siapa sangka rupanya si suami ingin membelikan sebentuk cincin berlian sebagai hadiah untuk isterinya.

Apa yang mengharukan adalah pekerjaan warga emas ini adalah sebagai pengutip sampah dan telah menggunakan simpanan sepanjang hidup si suami untuk membeli cincin berlian ini.

Jom kita layan gambar detik romantis dan mengharukan ini.

cinta sejati 6

cinta sejati 2

cinta sejati 5

cinta sejati 3

cinta sejati 1

cinta sejati 4

Mungkinkah si suami pernah berjanji untuk menghadiahkan cincin berlian untuk isterinya satu ketika dulu dan hanya kini baru berjaya ditunaikan? Hanya pasangan ini yang tau.

Apa-apa pun, nenek ni memang bertuah dapat suami yang mencintainya sampai ke tua. Mungkin inilah antara kisah benar cinta hingga ke hujung nyawa. Romantisnya!

Sumber : CCTV News

Anda Mungkin Suka