Pada awal minggu ini dunia digemparkan dengan kejadian pengganas yang menahan penduduk awam di sebuah kafe di Australia.

Disebabkan kejadian ini warga Australia yang beragama Islam mula rasa bimbang andai mereka juga turut menerima kesan dan bahananya akibat dari tindakan segelintir pihak yang sebenarnya mencemarkan sikap berkasih sayang dan hormat menghormati yang digalakkan dalam Islam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun yang terjadi adalah sebaliknya dan nyata tak terduga. Rakyat Australia rata-rata menyatakan hanya yang bersalah saja wajar dihukum dan bukan keseluruhan penganut agama Islam di negara itu.

Sokongan yang diberikan oleh masyarakat di negara ini terhadap saudara Islam di sana ternyata sesuatu yang mengembirakan umat Islam bukan saja di negara itu tapi juga kita di sini.

Berikut petikan dari Harian Metro yang di siarkan pada 16 Disember 2014.

Pengguna media sosial di Australia menghantar mesej akan bersama-sama masyarakat yang beragama Islam selepas berlakunya peristiwa hitam di sebuah kafe yang diserang semalam, serta menawarkan iringan kepada sesiapa yang takut keluar ke tempat awam.

Menerusi hashtag #IllRideWithYou (saya akan temankan kamu) di Twitter, lebih 90,000 pengguna di laman itu tawarkan khidmat iringi sesiapa saja yang hendak keluar ke tempat awam terutama yang beragama Islam.

Kebanyakan pengguna laman sosial itu menggunakan cara ini sebagai langkah bagi meredakan kebimbangan serangan berbentuk Islamophobic atau anti-Islam di negara itu.

Ketika tebusan ditahan di dalam Kafe Lindt Chocolat oleh lelaki bersenjata serta menggelarkan dirinya sebagai jihadis, timbul spekulasi bahawa kejadian itu boleh mencetuskan keganasan terhadap umat Islam yang lain.

harian-metro

Penduduk Sydney, Rachel Jacobs berkata, dia melihat seorang wanita di dalam tren membuka hijab yang dipakainya susulan kejadian di kafe itu dan menawarkan diri untuk menemaninya.

“Wanita itu serta-merta menangis dan memeluk saya kira-kira 1 minit sebagai tanda terima kasih selepas saya menyuruhnya memakai hijabnya semula,” kata Rachel di status Facebook yang dimuat naiknya.

Kempen itu berterusan sehingga kini dan tawaran ini diberikan kepada mereka yang rasa tidak selamat serta yang mengenakan hijab atau berpakaian Islamik.

———————————————————–

Terkini, Amar Aziz seorang rakyat Malaysia yang bermastautin di Sydney, Australia telah berkesempatan memberikan penghormatan terakhir kepada mangsa tragedi ini dan turut melalui pengalaman yang menarik.

amar-aziz amar-aziz-2

Credit : Metro Online, Amar Aziz

Terima kasih rakyat Australia kerana tidak prejudis kepada saudara muslim kami di sana. Salute! #IllRideWithYou

Like page The Vocket di Facebook