Menyebut tentang buku 555 kami yakin ramai daripada anda masih ingat lagi dengan buku legend ini. Meskipun sudah semakin sukar untuk didapatkan di pasaran, buku 555 masih lagi diingati ramai dan sangat sinonim untuk mencatat hutang.

Memandangkan kini merupakan zaman dimana smartphone lebih dekat bersama pengguna, Buku 555 kini dibawakan dalam versi aplikasi daripada syarikat Data & Roses Sdn Bhd.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mula menggunakan aplikasi ini, anda hendaklah memasukkan nombor pin untuk memastikan kesemua ‘rahsia’ hutang anda terjaga. Seterusnya, anda berpeluang mencatat dan menyemak hutang sedia ada.

Aplikasi buku 555

Menariknya melalui aplikasi buku 555 ini anda berpeluang mengetahui jumlah hutang yang dibuat oleh anda dan peminjam. Anda juga dapat menyemak kadar hutang sama ada dalam aliran positif mahupun negatif.

Buat anda selaku pemiutang atau mungkin penghutang ingin mencuba aplikasi Buku 555 ini anda boleh muat turun aplikasi ini yang tersedia buat iOS dan Android. Mungkin dengan cara ini anda akan lebih ligat untuk mengingatkan penghutang mengenai jumlah baki yang perlu dibayar.