Nampaknya penantian peminat Apple Malaysia untuk mendapatkan buku ‘Designed by Apple in California’ ini bakal berakhir setelah buku ini mula dijual secara rasmi untuk pasaran Malaysia 5 bulan selepas diumumkan Apple.

Buku yang mempunyai 450 halaman bercetak ini bakal memberikan info kepada pembaca mengenai produk-produk yang pernah dihasilkan Apple. Pihak Apple juga telah melantik Andrew Zuckerman sebagai jurugambar bagi menyediakan gambar-gambar minimalist produk keluaran Apple untuk diterbitkan di dalam buku ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut John Ive, buku ini bukan sekadar menceritakan mengenai produk keluaran Apple sepanjang beroperasi. Malah, bakal menceritakan bagaimana pasukan Apple membangunkan serta rekabentuk disebalik setiap produk yang dihasilkan. Penggunaan material yang premium adalah antara yang dititikberatkan Apple buat para pembeli buku ini.

Seperti juga iPhone, Buku keluaran Apple ini hadir dengan 2 saiz berbeza. Ukuran 10.20” x 12.75” dan 13” x 16.25”. Selepas hampir 5 bulan, anda boleh dapatkan buku keluaran rasmi Apple ini khusus untuk pasaran Malaysia dengan harga RM949. Sebuah harga yang ‘mewah’ untuk sebuah buku fizikal.

Oh ya, tiada sebarang software update bakal disertakan pada buku ini sepertimana iPhone dan Macbook memandangkan buku ini merupakan buku fizikal tanpa sambungan Wi-Fi.

Sumber