Buku yang penuh kontroversi, ‘Billion Dollar Whale’ yang mengisahkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Jho Low bakal diangkat ke layar perak. Menurut Tom Wright selaku penulis buku ini, pihaknya sedang dalam perbincangan untuk merealisasikan khabar tersebut.

Setakat ini beliau masih belum mengumumkan watak utama yang bakal menzahirkan kehidupan dan skandal yang membelenggu hidup jutawan muda dari Pulau Pinang yang kini menjadi buruan polis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tom Wright kini berada di Malaysia dalam usaha unutk mempromosi dan menemui pembaca buku karya beliau dan penulis bersama Bradley Hope di negara ini.