Setiap hujung minggu terakhir setiap bulan ‘Buku dan Bazar’ (BdB) anjuran Kota Buku telah diadakan di Dataran Underground, Plaza Dataran Merdeka sebagai satu tempat perhimpunan bagi para pencinta dan peminat buku. Malah ia turut disertai oleh usahawan, penghibur, penceramah serta penggiat industri buku yang sememangnya bersedia untuk berkongsi ilmu mereka dengan masyarakat umum.

Melalui gabungan tiga trend semasa iaitu muzik, membeli-belah dan komuniti, BdB memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk mencari sesuatu kelainan bagi mengisi aktiviti hujung minggu mereka. Maka, bagi mempertingkatkan penyertaan, gerai ditawarkan secara percuma kepada para vendor BdB.

jonathan-wong-kar-gee
HYPE
Ini 5 Atlet Tempatan Yang Telah Berjaya Di Persada Sukan Antarabangsa
Baca lagi →

Bagi edisi Ogos BdB, acara ini berkisarkan tema kemerdekaan bagi menghargai pengorbanan pahlawan negara masa lalu yang telah menjadi tunggak kekuatan rakyat Malaysia pada hari ini.

Antara individu dan organisasi yang akan turut sama menyertai BdB bagi memeriahkan lagi edisi bulan kemerdekaan ini ialah:

1) M. Nasir, Fynn Jamal, S.O.G dan Pitahati, Highway Buskers, Haqqani Maulid Ensemble dan Drum Simfoni.

bdb merdeka M Nasir melayu

2) Persembahan teater bertajuk Uda & Dara the Musical yang akan dipersembahkan oleh para pelajar dari Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).

3) Usman Awang Enterprise atau lebih dikenali UA Enterprise sebuah syarikat yang percaya perpaduan dan sentimen kemanusiaan dapat digalakkan melalui elemen kebudayaan dan sastera.

4) Penceramah jemputan, EnglishJer, sebuah nama tersohor di rangkaian media sosial, Twitter.

EnglishJer atau pun lebih dikenali sebagai EJ terkenal dengan pendekatan santai beliau dalam mengajar asas bahasa Inggeris di Twitter dengan had 140 aksara sahaja! EJ merupakan satu fenomena baru di Malaysia sehingga beliau berjaya memperolehi kumpulan peminat dan pengikutnya yang tersendiri kerana berjaya meyakinkan netizen bahawa bahasa Inggeris bukanlah musuh atau ancaman kepada bahasa kebangsaan kita. EJ akan berkongsi pengalaman peribadi beliau dengan para pengunjung BdB melalui topik, “How My Parents Taught Me Everything”.

Semua ini boleh ditemui di BdB edisi ‘Merdeka’ yang juga merupakan kali yang ke-30 penganjurannya,

Tarikh: 29 – 30 Ogos 2015
Masa: 10 pagi – 8 malam
Tempat: Dataran Underground, Plaza Dataran Merdeka

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk acara BdB edisi Ogos serta jangan lupa bawa bersama keluarga dan rakan-rakan anda!

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/BukuDanBazar atau hubungi Ezzemet atau Syuhaida di talian 03-2630 6882.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka