Buku dan Bazar (BdB) edisi pertama pada akhir bulan Februari yang lalu telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pengunjung dan vendor. Kira-kira hampir 1,000 orang pengunjung dan lebih 30 vendor terlibat. Ia satu angka yang positif bagi sebuah program yang pertama kali diadakan.

Program gabungan buku dan bazar anjuran Perbadanan Kota Buku ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Kota Buku Tan Sri Abd. Ghafar bin Mahmud, Ketua Pegawai Eksekutif Kota Buku Sayed Munawar, Penasihat PTS Media Group Sdn Bhd Profesor Emeritus Abdullah bin Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif ITBM Hj Mohd Khair bin Ngadiron.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jika Buku dan Bazar Februari telah mengetengahkan pelbagai acara menarik seperti Teh Tarik Session bersama Sasterawan Negara Datuk Kemala, dan penyertaan Gen Xtreme Sport serta para pengunjung dan vendor yang menyokong, mendengar dan memberi respon, Buku dan Bazar Mac pastinya menjanjikan suatu kelainan.

Bagi edisi Mac 2015, Buku dan Bazar akan berkumpul di Dataran Underground yang sama. Ia tidak seperti edisi pertama yang mengasingkan Buku di Dataran Underground (UG) dan bazar di perkarangan Perpustakaan Kuala Lumpur (PKL).

Buku dan Bazar Edisi Kedua
Tarikh: 28 & 29 Mac 2015
Masa: 10.00am – 8.00pm
Tempat: Dataran Merdeka (Underground)

Penganjur program ini telah menambahbaik fasiliti dengan menyediakan tempat berlepak yang lebih santai, persembahan seni muzik melalui aktiviti pukulan-pukulan drum dari Drum Simfoni, petikan gitar dari buskers. Tidak lupa juga ada slot talks berkonsep Book Review di pentas utama BdB.

Personaliti-personaliti terkenal akan berkongsi isi buku yang telah mereka baca sebelum ini. Ia adalah satu sesi perkongsian yang menarik buat para pengunjung.

Print

Azeem Lenin

legasi oakheart

LIKE Facebook The Vocket disini