Sejak kebelakangan ini fenomena bazar telah melanda negara. Kebiasaannya kita akan temui bazar-bazar yang menjual pelbagai produk dari niche fashion dan makanan dan minuman. Terbaru, Kota Buku akan menganjurkan satu acara khas menggabungkan buku dan bazar. Inilah peluang untuk anda menemui kelainan berbanding bazar-bazar sebelum ini. Oleh itu, catat ini di dalam planner anda:

Tarikh: 28 Februari – 1 Mac 2015
Tempat: Dataran Merdeka (Underground)
Masa: 10.00 pagi – 8.00 malam

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Buku dan Bazar ini bukan sahaja menampilkan pelbagai genre buku, penulis kegemaran anda dan bicara buku, terdapat pelbagai aktiviti yang menarik turut diadakan pada hari-hari tersebut.

B2B

Buku dan Bazar merupakan satu usaha oleh Kota Buku untuk mewujudkan satu platform yang memayungi pembaca, penjual buku dan generasi orang muda dengan menyatukan 3 elemen popular masa kini iaitu membeli-belah, muzik dan komuniti di satu tempat pada setiap hujung bulan sambil mengimarahkan budaya pembacaan dengan gaya baru dan segar. Maka, Buku dan Bazar akan turut disertai persembahan busking, aktiviti seni, jualan mobile booth, baju-T, dan pelbagai aktiviti menarik lagi seperti dinyatakan di bawah ini:

bnb1

bnb2

Jika anda mahu jadi sebahagian daripada fenomena Buku dan Bazar, sertainya pada 28 Februari dan 1 Mac 2015 ini di Underground Dataran Merdeka. Anda boleh hadir dari pukul 10 pagi hingga 8 malam bersama rakan-rakan. Malah, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak sebagai salah satu usaha menyemai budaya membaca sejak dari awal lagi.

LIKE Facebook The Vocket disini