width=

Sebut saja Steve Jobs, pasti ramai yang kenal siapa beliau.

Kali ini kami ingin kongsikan dengan anda antara buku yang banyak mempengaruhi gaya pemikiran beliau.

__________________________________________

Steve Jobs memang telah melakarkan sejarah dalam dunia perniagaan terutamanya dalam dunia teknologi peralatan komunikasi. Berbagai perkara hebat diperkatakan terhadap Steve Job.

Kisah hidupnya ditulis oleh ramai orang. Ramai yang berminat nak tahu apa yang membezakan Steve Jobs dengan orang lain yang membuatkan dia jadi hebat.

Antara perkara menarik yang ditulis oleh yang boleh kita perhatikan adalah senarai buku-buku yang dibaca oleh Steve Jobs. Buku-buku tersebut banyak mempengaruhi cara hidup serta cara berfikir Steve Jobs.

Memang tabiat membaca buku terutamanya buku ilmiah banyak manfaatnya terhadap pembinaan akal fikiran. Banyak hijab terbuka hasil daripada aktiviti pembacaan. Hijab yang dulu tertutup kita tak nampak akan diangkat sebaik saja kita mengutip ilmu-ilmu daripada mereka yang berilmu.

Ada banyak buku yang memberikan kesan terhadap cara Steve Jobs berfikir. Di sini, saya berminat untuk senaraikan beberapa buah buku berkaitan dunia spiritual yang memberikan impak pada cara Steve Jobs berfikir.

Jom kita lihat apakah antara buku-buku dalam bab spiritual yang Steve Jobs anggap dan syorkan agar semua orang baca.
Pengaruh buku spiritual pada Steve Jobs

Antara buku-buku berkenaan spiritual yang menjadi rujukan Steve Jobs adalah seperti berikut:

1. Autobiography of a Yogi

Sebuah buku tulisan Paramahansa Yogananda yang merupakan seorang pengamal Yoga berbangsa India. Steve Jobs terjumpa buku tulisan Guru Yoga itu ketika dia menginap di sebuah rumah rehat di kaki gunung Himalaya. Ketika itu Steve Jobs masih mudah dan bersekolah.

Buku yang ditinggalkan oleh pelancong yang menginap di tempat sama sebelum itu dijumpai oleh Steve Jobs. Dia mula membaca lalu menarik minat Steve Jobs sehingga dibacanya berulang-ulang kali. Buku itu menjadi rujukan beliau sejak hari itu dan diulang bacanya setiap tahun.

2. Zen Mind, Beginner’s Mind

Ini satu lagi buku spiritual yang ditulis oleh seorang sami buddha berbangsa Jepun Shunryu Suzuki.

Steve Jobs berkesempatan mengikuti kelas pengajian yang diajar oleh Shunryu Suzuki.
Sebenarnya, pencarian terhadap dunia meditasi dan spiritual ini adalah lanjutan serta pengaruh daripada pembacaan buku pertama di atas.

Steve Jobs benar-benar terpengaruh dalam dunia ajaran Zen sehingga dia berhasrat untuk pergi dan tinggal di Eihei-ji, sebuah Kuil Zen di negara Jepun. Namun atas nasihat gurunya, dia kekal menetap di California.

Konsep Zen banyak mempengaruhi cara hidup dan cara berfikir Steve Jobs sehinggalah ke dalam dunia perniagaan sekalipun dia kekal dengan pengaruh Zen. Cara Steve Jobs berfikir untuk melahirkan inovasi banyak tertumpu pada konsep Zen yang mementingkan keperluan serta kegunaan diikuti dengan rekabentuk.

3. Be Here Now

Ini merupakan sebuah buku spiritual yang ditulis oleh Ram Dass. Ia berkisar kepada panduan untuk mengamalkan meditasi.

Buku ini juga memberikan impak besar pada Steve Jobs dari segi matlamat untuk hidup dan fokus pada memberikan sumbangan pada kehidupan masyarakat.

Apa buku spiritual yang anda baca?

Ramai lagi orang lain yang berjaya hasil suntikan daripada pencarian terhadap perkara spiritual. Dalam bahasa mudahnya kita boleh faham bahawa pencarian terhadap ilmu jiwa atau hati banyak memberikan kesan dalam kehiduan dan kejayaan manusia.

Kajian juga menunjukkan bahawa setakat mempunyai IQ yang tinggi belum menjamin sebarang kejayaan dalam hidup. Manusia memerlukan apa yang dipanggil sebagai Emotional Intelligence untuk meningkatkan potensi diri.

Kajian juga mengesahkan bahawa semua keputusan kita dibuat oleh emosi berbanding akal yang rasional. Oleh itu, sesiapa yang berjaya mengawal hati atau emosi, insyaallah akan lebih cerah harapannya untuk mencapai kejayaan.

Tetapi malangnya ramai umat Islam yang tak pernah teringat untuk menghabiskan bacaan Al-Quran dalam bahasa yang dia dapat faham. Orang Melayu baca Quran dalam bahasa Arab yang dia tak faham dan lebih tekankan lagu berbanding makna. Bagus bukan tak bagus, tapi perlu pergi lebih jauh lagi dan bukan sekadar berlagi sahaja.

Tak ada kitab atau buku lain yang lebih mendalam rangkumannya samada zahir atau batin, akal atau emosi berbanding kitab Al-Quran. Dan kita yang mengaku Islam itu tak pernah bersungguh-sungguh untuk menghabiskannya.

Kita boleh habiskan bacaan buku siri Bercakap dengan Jin semua jilid tapi tak luangkan masa baca tafsir Quran. Kita habiskan bacaan berbagai buku novel cinta dari zaman sekolah sampai tua, tapi tak pernah habiskan tafsir Quran.

Jangan lepaskan maklumat berkenaan spiritaul atau Tasawuf kalau anda nak berjaya. Banyak hasil hebat tulisan bijak pandai berkenaan bab spiritual yang boleh kita cedok. Bacalah….!

Credit : HidupRingkas.com, dengan izin

Anda juga boleh follow FB page Hidup Ringkas di sini

_____________________________________

Like page The Vocket di Facebook