IKEA Recipe Series yang baru mengajar anda untuk menyediakan makanan bila bila masa saja. Dibangunkan oleh Leo Burnett sebagai bahan kempen pemasaran, poster buku masak ini berfungsi sebagai resepi dan pembalut makanan. Arahan menyediakan makanan dilukis menggunakan food-safe ink pada kertas minyak. Apabila semua sudah sedia, anda hanya perlu gulung/bungkus kertas dan masukkan dalam ketuhar. Buku masak ini tidak menggunakan perkataan sebagai arahan sebaliknya grafik yang membolehkan anda mengetahui berapa banyak sesuatu bahan itu perlu digunakan. Malangnya, resepi yang dibuat hanya menggunakan bahan bahan daripada makanan sejuk beku IKEA dan diedarkan di Canada. Mungkin sedikit masa lagi kita boleh lihat poster ini di Malaysia. Tonton video IKEA Recipe Series di atas.

0 KOMEN

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤