Pada akhir tahun 2012, ketika Facebook baru sahaja mencecah lebih daripada satu billion pengguna, sebuah buku merah mula muncul di atas meja setiap kakitangan. Buku ini penuh dengan inspirasi, kata-kata dengan gaya propaganda tentang sejarah dan nilai-nilai Facebook. Sebelum ini, isi kandungan – malah kewujudan buku ini – tidak diketahui oleh orang di luar lingkungan syarikat Facebook.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Walau bagaimanapun, ianya berubah apabila seorang bekas designer (pereka cipta), Ben Barry, yang menerbitkan buku ini ketika beliau bekerja dengan Facebook, menyiarkan satu siri gambar imbasan daripada buku tersebut.

Barry menubuhkan studio cetak Facebook – yang dikenali sebagai Analog Research Lab.

Di mana beliau “mereka cipta logo, bermain dengan typografi, mencetak poster dan membuat buku”.

Persona korporat Facebook dipakej menarik dalam sebuah buku merah kecil. Barry memberitahu:

Semakin Facebook berkembang, semakin sukar menerangkan misi, sejarah dan budaya Facebook kepada kakitangan baru.

Selama beberapa tahun, (sejak Facebook ditubuhkan), banyak perbincangan dan debat yang membentuk syarikat telah berlangsung.

Untuk kakitangan baru, maklumat itu sukar untuk ditemui walaupun mereka tahu apa yang mereka cari.

Facebook mahu mempakejkan kebanyakan cerita-cerita dan idea-idea ini dalam satu tempat.

Barry membentuk satu pasukan, memohon dana, Mark Zuckerberg memberi sedikit maklum balas dan voila!

Terdapat beberapa twist menarik terhadap kata-kata yang sudah sememangnya popular. Tiada istilah ‘berlemah-lembut’ dalam Facebook.

Dalam gambar ini, Facebook mengubah motto tidak rasmi US Post Office, yang asalnya diambil daripada kata-kata Greek silam.

Dan ada ketika, Facebook ‘mengusik’ TechCrunch.

Buku ini tidak selalu mengikut falsafah Facebook – dalamnya terdapat perancangan 3, 5 dan 10 tahun kebelakang!

Sesetengah idea – seperti Instant Articles – telah diusahakan buat kesekian lamanya. (Rupert Murdoch dalam gambar.)

Dan akhirnya, buku ini menyampaikan satu mesej penting untuk seluruh kakitangan Facebook.

BACA: Mark Zuckerberg Sudah Cukup Pandai Tetapi Beliau Mahu Membaca Lebih Banyak Buku Tahun Ini

BACA Lagi: 5 Sebab Penting Anda Perlu Hadiri Vocket Talk Siri Kedua

Sumber: Business Insider

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram