Tinggal lagi kira-kira dua bulan sahaja sebelum umat Islam di seluruh Malaysia menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. Pelbagai jenama fesyen lokal sudah mula mempromosikan pakaian mereka untuk menarik perhatian pelanggan.

Pada malam Sabtu lalu jenama lokal Bulan Bintang telah mencipta ‘Malaysia Book Of Records’ apabila menggunakan kira-kira 350 unit dron untuk dipersembahkan kepada para pengunjung yang datang ke acara pertunjukan fesyen ‘Bulan Bintang Takes The Sky’ yang bertempat di Menara Kuala Lumpur.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut Azzim Zahid Azmi, pengasas Bulan Bintang, beliau telah membawa pasukan formasi dron khas dari United Kingdom yang berpengalaman membuat persembahan seperti di Piala Dunia FIFA, kejohanan sukan Olimpik Tokyo dan banyak lagi.

Selain persembahan dron, beliau turut menggunakan projection mapping di tiang Menara KL yang memaparkan gimik dan juga nama-nama jenis koleksi Bulan Bintang untuk tahun ini.

Menurut Azzim, beliau mendapat idea untuk membuat pertunjukan fesyen seperti itu selepas mendapat inspirasi selepas melihat kehebatan formasi dron ketika bercuti ke luar negara.

“Apa yang dapat saya simpulkan, kos untuk formasi ini sendiri menelan belanja 80 peratus daripada kos keseluruhan. Kiranya untuk ‘Bulan Bintang Takes The Sky’ ia menelan belanja RM2 juta,” terang Azzim.

@remaja.my

MEMANG WOW! ✨💜💫 Sempena pertunjukan fesyen Raya2023, #BulanBintang mencipta rekod di Menara KL apabila menjadi satu-satunya jenama lokal Malaysia yang mempertontonkan pertunjukan dron terbanyak sehingga berjaya tersenarai di Malaysia Book of Records. Formasi dron yang diterbangkan juga membawa satu kisah perjalanan Bulan Bintang sejak dari mula jenama ini bertapak. Tak sia-sia Azzim belanjakan RM2 juta untuk bawa team dari United Kingdom bagi persembahan dron ini. #majalahremaja #remajanews #bulanbintanghq #bulanbintang2023 #fyp #fypage #fypシ゚viral

♬ original sound – Remaja – Remaja

“Walaupun kali pertama buat event, kali pertama buat fashion show, kami cuba sedaya upaya untuk sajikan the best experience kepada audience yg datang physically or virtually.

“Puas hati rasa bila dapat feedback daripada ramai orang yang datang semalam, semuanya enjoyed the show.

“Bulan Bintang berjaya memecahkan rekod Malaysia – Most Drones Used In A Light Show. Tiada kata syukur yang saya boleh gunakan untuk represent perasaan aku untuk ini selain ucapan Alhamdulillah,” petik perkongsian Azzim melalui Instagram miliknya.

@remaja.my

HELOKKK semua bila berbaju Melayu & Kurta sebenar, yang tak pelik-pelik. 😍😍 #NadhirNasar #MierulAiman #imranbard #AzfarHeri untuk BulanBintangHQ. 🔥#majalahremaja #remajanews #bulanbintang #bulanbintang2023 #raya2023 #raya #projekhighcounciledit

♬ Raya Raya Raya – DOLLA

Sempena Hari Raya Aidilfitri nanti, Bulan Bintang menyediakan koleksi Raya Ready To Wear (RTW) terdiri daripada 68 rekaan dan 326 pilihan warna eksklusif yang boleh dipakai sedondon oleh ahli keluarga.

Bulan Bintang menampilkan duta-duta terkemuka untuk tahun ini seperti Shukri Yahaya, Nadhir Nasar, Beto Kusyairy, Hannah Delisha, Daiyan Trisha dan Sharnaaz Ahmad.

Pengunjung yang hadir pada malam ‘Bulan Bintang Takes The Sky’ turut berpeluang melihat persembahan istimewa daripada Dolla, Ernie Zakri dan Syamel.

Sumber Gambar: IG @meripergibulat

“Semoga apa yg kami bawakan semalam sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada ramai orang di luar sana. Semua yang berlaku semalam bermula daripada sekecil-kecil impian.

“Jangan takut untuk berimpian. Mimpi biar sampai Bulan Bintang,” kata Azzim.