Bagai tak terasa waktu berlalu, tahu-tahu sahaja kita sudah menghampiri bulan yang paling dinanti-nantikan kaum muslimin iaitu Ramadan. Bila sebut pasal bulan istimewa ini mesti anda sudah terbayang kemeriahan dia macam mana betul tidak?

Lagi-lagi bila teringatkan Bazaar Ramadan dan aneka pilihan hidangan yang ditawarkan, boleh jadi rambang mata dibuatnya. Tapi, dalam banyak-banyak hidangan dekat Bazaar tu mesti tak boleh lawan 5 makanan ni, yang wajib ada ketika berbuka.

1. Kuih-muih

Kredit foto: Cubes n Juliennes & DariDapur.com

Untuk sesetengah orang, tidak lengkap hidangan berbuka puasa kalau tidak ada kuih-muih. Antara kuih yang mendapat sambutan di kala bulan Ramadan biasanya ialah pulut panggang, samosa, kuih cara berlauk, kuih seri muka dan banyak lagi!

2. Murtabak & roti john

Kredit foto: Unilever Food Solutions & Bazaar-Rakyat

Kalau anda perasan, gerai murtabak dan roti john adalah antara gerai yang paling mendapat sambutan di Bazaar Ramadan dan biasanya memang kena beratur panjang sikit kalau nak beli dua makanan ini.

Tapi, apalah sangat setakat beratur tu yang penting ada murtabak dan roti john dekat atas meja untuk berbuka nanti kan?

3. Nasi wajib ada!

Kredit foto: Destinasi TV & VITDAILY

Nasi dengan orang Malaysia memang tidak boleh dipisahkan, tengok sahajalah variasi pilihan nasi yang ditawarkan dekat Bazaar Ramadan. Dari nasi lemak, nasi berlauk sampailah ke nasi minyak dan nasi kerabu semuanya sedap-sedap belaka! Buat kita jadi tidak tentu arah nak memilih.

4. Air buah

Kredit foto: freepik

Air buah adalah pilihan paling ideal untuk berbuka puasa! Rasa manis buahan-buahan yang segar bersama ais batu yang menyamankan. Fuhh.. Tak cukup segelas rasanya. Lagi-lagi kalau dapat air tembikai, memang layan geng.

5. Pencuci mulut

Kredit foto: Resepi Che Nom & Mashable Se Asia

Tak lengkap rasanya berbuka tanpa pencuci mulut ataupun manisan. Pilihan manisan yang sering menjadi tumpuan pada bulan puasa ini mestila tepung pelita dan cendol!

Cendol itu nak pula makan sebaik sahaja berbuka, memang lega rasanya tekak yang sudah seharian menahan haus. Tapi, tahun ni apa kata kita tukar sikit, kita cuba cendol yang lain dari yang lain. Cendol apa agaknya tu?

Jom cuba Cendol Gula Melaka Waffle dari A&W!

Berita baik! Sekarang anda sudah boleh nikmati Cendol Gula Melaka bersama Waffle kegemaran ramai dari A&W!

Gabungan rasa manis-manis gula melaka dan cendol di atas Waffle ini benar-benar saling melengkapi tau, rasanya tidaklah terlalu manis tapi  cukup memikat rasa.

Ditambah pula dengan kelemakan rasa aiskrim vanilla, memang layan. Kalau tidak cukup satu scoop aiskrim, jangan risau anda juga boleh pilih double scoop aiskrim okay!

Cendol Gula Melaka Waffle ni hadir dengan dua pilihan sama ada Classic Waffles ataupun Waffle-To-Go yang didatangkan dalam cup bagi memudahkan anda yang nak tapau. Senang geng, tinggal buka penutup cup lepas tu terus makan sahaja!

Istimewa sempena Ramadan & Raya, A&W turut memperkenalkan menu baru Cheesy Golden Egg Coney & Choco Banana Balls!

Bagi meraikan Ramadan dan Hari Raya, A&W turut memperkenalkan dua hidangan terbaru iaitu Cheesy Golden Egg Coney dan Choco Banana Balls!

Cheesy Golden Egg Coney adalah personal favourite kami! Sos cheese nachos dan sos cheese parmesan diatas frankfurter yang diapit bun lembut menaikkan keseluruhan rasa hidangan.

Sekali gigit sahaja anda akan dapat nikmati rasa lemak keju yang sama sekali tidak akan buatkan anda muak. Sebaliknya, ia buatkan anda nak terus makan dan makan lagi. Sedar-sedar sudah habis geng.

Cheesy Golden Egg Coney tersedia dengan pilihan daging dan juga ayam. Kami gerenti dua-dua ni memang sedap, puas hati bila makan!

Choco Banana Balls pula adalah hidangan manisan yang sesuai dijadikan snek. Ianya digoreng sempurna dengan lapisan kulit yang rangup di luar tapi lembut di dalam.

Rasa manis manis custard pisang yang mengalir keluar bila digigit memang mantap! Sementara, sos coklat yang menyirami Choco Banana Balls membuatkan hidangan ini jadi lebih sempurna! Rangup, lemak dan manis! Serba cukup!

Istimewa untuk anda berbuka dan moreh nanti A&W tawarkan Riang-Ria Family Box yang sesuai sangat untuk dinikmati bersama tersayang! Dalam set ni anda juga boleh dapat ayam goreng, kentang goreng, Coney Mashed Potato dan minuman signature A&W iaitu RB!

Kesemua hidangan ini boleh didapati di mana-mana cawangan A&W berhampiran anda ataupun pesan sahaja secara atas talian melalui pautan di SINI. Senang kan? Tunggu apa lagi, jom order sekarang!

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai promo istimewa atau sebarang update terbaru dari A&W, anda boleh layari laman FacebookInstagram dan Twitter rasmi A&W Malaysia.

Tahukah anda bahawa restoran A&W di Seremban telah berwajah baru? Klik pautan di bawah untuk melihatnya.

Berkonsepkan Gaya Retro, A&W Seremban Kembali Dibuka Selepas Diberi Nafas Baru

‘Dulu RM5 Kini Mencecah RM10’- Netizen Persoalkan Harga Ayam Gunting Yang Makin Mahal