Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kata orang, tidak sah kalau main PlayStation 2 tapi tak pernah main game Bully, Shadow of the Colossus dan God Of War. Sebabnya, kesemua ini antara game legend buat konsol ini.

Sedar tidak sedar, siri permainan Bully kini sudah 10 tahun dilancarkan. Bagi menghargai para peminat game Bully, Rockstar Games telah mengeluarkan game Bully: Anniversary Edition khas buat smartphone. Pengeluaran game ini adalah secara serentak bagi platform Android dan iOS.

Anda boleh dapatkan permainan ini di Google Play Store dengan Harga RM28.99 dan $6.99 USD di Apple App Store. Pastikan anda menggunakan Android 4.0 keatas dan iOS 9 untuk membolehkan permainan epik ini dimainkan pada smartphone anda.

Khas buat peminat game Bully, mission manakah yang paling anda rindu untuk bermain semula?

Anda Mungkin Suka