Setelah lama bermain dengan teka teki, kini secara rasminya filem Bumblebee merupakan filem reboot Transformers. Hal itu disahkan sendiri oleh pihak Hasbro di New york Toy Fair 2019.

Filem Bumblebee ini sepatutnya menjadi filem spin-off prekuel Transformers dan diarahkan oleh Michael Bay. Filem tersebut kemudiannya diarahkan oleh Travis Knight dan menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat filem tersebut sama ada ianya filem spin-off atau reboot. Karya terbaru Bumblebee ini juga turut mendapat respon sangat positif kerana lebih mirip dengan siri kartun Transformers yang asal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Nampaknya dengan pengesahan daripada Hasbro ini bakal memberikan sinar baharu untuk franchise Transformers ini. Menurut penerbit Bumblebee, Lorenzo Di Bonaventura lebih banyak filem Transformers akan dihasilkan dan pastinya dengan perubahan ini dapat menarik penonton baharu serta peminat tegar Transformers kembali untuk menonton Transformers di pawagam.