Sebelum ini, keadaan tidak terurus Masjid Kristal yang ditutup untuk tujuan selenggara telah menjadi bualan netizen dan pastinya sejak pembukaan semula sektor ekonomi, orang ramai telah mengambil kesempatan untuk melancong di dalam dan juga luar negara setelah 2 tahun berdepan pandemik.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @aryl_je berkongsi kekecewaannya apabila melihat keadaan terkini Taman Monumen Terengganu atau dikenali sebagai Taman Tamadun Islam yang dilihat tidak diselenggara dengan baik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@aryl_je

Bila orang tak melancong dalam negara marah… Tapi…#efwaipi #terengganu #tamanmonumenterengganu

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

@aryl_je

Replying to @Saya Bukhori boleh tengokkan bumbung ni jugak tuan… banyok lagi… bukan nak menjatuhkan, cuma nak sama sama promosikan tempat pelancongan di Malaysia. Tapi bila masuk nampk macam tak jage gini..

♬ original sound – aryl_je – aryl_je

Menerusi perkongsiannya, dapat dilihat kawasan di Taman Tamadun Islam itu tidak diurus sebaiknya dan bangunan juga banyak rosak serta ada yang ditutup untuk proses baik pulih. Hal ini membuatkan dirinya terkilan kerana sewajarnya destinasi tarikan ini dijaga kerana pengunjung membayar RM20 untuk masuk ke sini.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen turut berasa kecewa melihat keadaan taman tersebut serta berharap pihak bertanggungjawab akan mengambil tindakan sewajarnya.

Menjengah ke ruangan komen, individu yang mendakwa merupakan pengurus Taman Tamadun Islam ini mengambil maklum feedback tersebut dan berterima kasih atas teguran yang diberikan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Wan Adnan Wan Derahman berkata, sebanyak RM5 juta diperuntukkan untuk kerja baik pulih beberapa replika yang rosak dan lusuh di taman tersebut yang bermula akhir tahun ini dan dijangka siap menjelang tahun 2024.