Melalui satu kaji selidik yang baharu saja diterbitkan, jika tiada apa-apa tindakan dari manusia untuk membaik pulih alam sekitar, maka permukaan Bumi akan ditutup atau diselimuti dengan 1.3 bilion tan plastik sampah menjelang tahun 2040.

Kaji selidik yang diterbitkan dalam makalah bertajuk ‘Evaluating scenarios toward zero plastic pollution‘ oleh sekumpulan saintis telah melakukan pemodelan matematik bagi meramal kapasiti pengeluaran plastik di seluruh dunia dari tahun 2016 hingga 2040.

Kaedah pengurusan sampah yang berbeza di beberapa wilayah adalah antara penyebab mengapa bumi akan ditutup dengan plastik sampah menjelang tahun 2040.

Kawasan bandar dengan masyarakat kelas menengah atas, misalnya, mempunyai sistem pengurusan sampah yang berbeza berbanding dengan kawasan bandar yang dihuni oleh orang dari peringkat menengah ke tahap ekonomi yang lebih rendah. Semua wilayah mempunyai masalah masing-masing berkaitan dengan pengurusan sampah.

Antara penyelesaian yang dibuat oleh kumpulan saintis bagi mengelak Bumi daripada diliputi dengan plastik sampah adalah dengan ; mengurangkan kuantiti pengeluaran plastik, gantikan plastik dengan bahan lain yang lebih mesra alam, reka bentuk baru untuk kitar semula yang lebih cekap, mewujudkan kapasiti pengangkutan sampah plastik, mewujudkan sistem penyisihan plastik baru dari sisa lain, mewujudkan sistem kitar semula kimia untuk plastik
memastikan bahawa kebocoran plastik sampah tidak dapat berlaku, dan terakhir sekali mendorong pengurangan penggunaan plastik dalam rantai ekonomi.

Terdahulu, sekumpulan saintis merungkai perangai buruk manusia yang berjangkit sehingga sekarang, iaitu sikap malas membuang sampah yang telah wujud 3,500 tahun dahulu. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Sikap Malas Membuang Sampah Telah Wujud 3,500 Tahun Dahulu Dan Ini Adalah Buktinya

Hanya Pakai Topi Plastik Sebagai PPE, Tukang Cuci Di Dhaka Berenang Dalam Timbunan Sampah