Filem menampilkan adiwira sememangnya mendapat tempat di hati masyarakat. Malah, filem dengan kutipan tertinggi di dunia juga berjaya dipegang oleh filem Avengers: Endgame yang menampilkan sejumlah besar adiwira.

Keghairahan para penonton untuk menikmati aksi adiwira turut memberi cetusan idea buat BumiLangit Studios dari Indonesia untuk menawarkan sesuatu yang berbeza buat penonton dengan penawaran filem adiwira yang pelbagai.

huawei-cover-image-671×373
HYPE
Rasai Pengalaman Masa Akan Datang Dengan Peranti Terbaru HUAWEI Smart Life!
Baca lagi →

Bermula dengan filem Gundala yang bakal ditayangkan 29 Ogos ini, BumiLangit Studios nampaknya mempunyai pelan yang lebih besar untuk memperkenalkan lebih banyak adiwira mereka kepada penonton.

Seperti juga Marvel Cinematic Universe (MCU), BumiLangit Studios bakal memperkenalkan adiwira mereka melalui seleksi filem solo yang disusun melalui BumiLangit Cinematic Universe (BCU) Jilid 1 dimana kesemua adiwira ini diinspirasikan daripada komik pahlawan.

Pelan untuk menjayakan jilid BCU ini bakal mengambil masa selama lima tahun daripada sekarang. Terbaru, Joko Anwar selaku pengarah dan penulis Gundala untuk memaparkan beberapa adiwira lain bersama pelakon yang bakal melakonkannya termasuk Bront Palarae sebagai Pengkor.

68745348_10155529131709567_8106401397085306880_n

68486607_10155529131764567_4195656193143734272_n

69084103_10155529131809567_1007651636048297984_n

68737603_10155529131849567_4681378279486128128_n

68520895_10155529131894567_948789371249623040_n

68812172_10155529131974567_4283573744196124672_n

69464207_10155529132014567_4784031695827369984_n

68549250_10155529132089567_6112007821081968640_n

68911321_10155529132134567_7252445101299859456_n

Meskipun sekali pandang dapat dilihat pengarah ini cuba menampilkan elemen yang hampir sama seperti MCU, pujian harus diberikan kepada pengarah Joko Anwar kerana berjaya tampil sesuatu yang diluar kebiasaan khususnya bagi industri perfileman Asia Tenggara. Sama-sama kita nantikan kemunculan filem adiwira daripada negara seberang ini.

Anda Mungkin Suka