Kucing merupakan haiwan yang paling ‘panjang akal’ dan manja dimana akan menghiburkan pemiliknya atau sesiapa yang ditemuinya.

Terbaharu, Rapid KL telah berkongsi kisah kucing di MRT Damansara dimana telah cedera akibat bergaduh berebut pasangan . Kucing yang cedera itu telah dirawat di klinik selepas ada pengguna Rapid KL menghulurkan RM50 untuk rawatan kucing tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selepas dua minggu, kucing itu telah kembali sihat dan cergas seperti biasa. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur melihat perkongsian Rapid KL berhubung kucing berwarna oren itu. Malah, perkongsian tersebut menghilangkan sedikit tekanan yang dihadapi segelintir netizen.

Bukan itu sahaja, para netizen juga mengucapkan terima kasih kepada pekerja Rapid KL kerana menjaga kucing tersebut sehingga sembuh. Rata-rata netizen juga mengatakan kucing oren itu kelihatan terurus dan bukanlah seperti kucing jalanan biasa.

https://twitter.com/twt_teha/status/1418156378355425284

https://twitter.com/httpsamalin/status/1418334472945029126

Kisah Oyen telah mendapat perhatian ramai dan para netizen turut berkongsi kisah kucing-kucing mereka di ruangan komen. Rapid KL juga mengatakan jika para penumpang melihat Oyen di stesen, bolehlah nasihatkan Oyen agar tidak bergaduh lagi demi kucing betina.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket. 

‘Bagai Di Hong Kong’- Iklan Bilik Sempit Di Pulau Pinang Disewa RM150 Seorang Curi Tumpuan Ramai

Ebit Lew Jawab 10 Dakwaan Yang Dibuat Caprice Dan Nadir Al-Nuri Secara ‘Live’