Jika sebut New Zealand, pasti antara aktiviti wajib buat jika travel ke negara Kiwi ini adalah terjun bungee. Hinggakan kita percaya New Zealand adalah negara asal di mana terjunan ekstrim ini berasal.

Tapi sebenarnya apa yang dilakukan oleh mat saleh Kiwi ini adalah selepas beliau mengambil inspirasi daripada terjunan bungee yang dilakukan oleh puak asli daripada sebuah negara lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Republik Vanuatu yang terletak di Kepulauan Pasifik masih memiliki keunikan tersendiri ini hingga kini. Cubaan terjun bungee pertama yang dilakukan oleh AJ Hackett selepas mengikat talik elastik di kaki beliau sebenarnya adalah inspirasi daripada apa yang pernah dilihat oleh kaum primitif di Vanuatu.

Di Pulau Pentecost, Republik Vanuatu, sudah menjadi amalan bagi puak Naghol (Ngol) melakukan amalan ritual iaitu terjun dari menara yang dibina daripada kayu dan kaki mereka pula diikat dengan akar kayu.

Namun tidak seperti bungee jump yang dilakukan oleh para adrenalin junkies untuk mencabar diri dan keberanian, ritual terjun bungee oleh puak ini lebih kepada tujuan spiritual yang diwarisi dari satu ke satu jenerasi.

Upacara Naghol dilakukan setiap tahun antara bulan April hingga Jun, biasanya pada hari sabtu. Para lelaki tempatan akan bersama-sama membina menara setinggi antara 20 ke 30 meter dengan menggunakan tiang kayu, dan kayu-kayu yang membentuk menara ini diikat menggunakan akar.

Untuk ikatan di kaki pula, mereka menggunakan sejenis akar yang masih segar, kukuh dan panjang agar tak putus sewaktu terjunan dilakukan. Selain untuk membuktikan keberanian, terjunan bungee yang dilakukan oleh kaum lelaki ini juga adalah satu sebagai permohonan agar keledek yang ditanam menghasilkan ubi yang banyak. Dan syaratnya adalah kepala penerjun mesti sedikit menyentuh tanah.

Sehingga kini ritual primitif ini masih diamalkan. Jadi jika anda bercadang ke Vanuatu, jangan lepaskan peluang untuk menonton upacara ini.

Btw semalam kami ada kongsikan pengalaman traveller Malaysia yang telah pernah ke Vanuatu. Anda boleh baca Pengalaman Unik Lelaki Ini Mengembara Di Vanuatu, Syurga Backpacker Dan ‘Scuba Divers’.

Untuk memudahkan anda mendapat gambaran bagaimana terjun bungee cara primitif ini dilakukan, tonton video di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=jBDkVXqlVMw