Jika sebelum ini kita sering membaca atau mendengar laporan berita bagaimana sindiket penyeludupan bersusah payah untuk menyeludup masuk dadah ke sesebuah negara.

Bukan sahaja ada yang terpaksa mengubah suai kenderaan jika melalui jalan darat malah ada juga yang menggunakan khidmat keldai dadah sekiranya ingin melakukan jenayah itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun lain pula ceritanya yang berlaku di Padang Besar dua hari lalu apabila pengedar dadah dari negara jiran menggunakan taktik bersahaja dengan melontar sahaja bungkusan berisi ganja itu melalui tembok sempadan Malaysia-Thailand Padang Besar.

Bungkusan mengandungi dua ketul ganja seberat 1.9 kilogram itu ditemui Pasukan Gerakan Am (PGA) dari Batalion 1 Briged Utara di Jalan Keselamatan dan Pembangunan berhampiran menara A8 tembok berkenaan.

Menurut Pegawai Pemerintah PGA Batalion 1, Superintendan Abd Aziz Abdullah, ketulan ganja itu dipercayai dilontarkan pengedar dari negara jiran di laluan berkenaan sebelum ditemui pihaknya sekitar jam 7 pagi.

Ganja bernilai RM4,750 itu dipercayai dilontarkan kepada rangkaian sindiket mereka di negeri ini (Perlis) namun tiada wakil yang datang untuk mengambilnya.

“Sejurus menemui ganja terbabit, pihak kami melakukan intipan ke atas kotak berkenaan selama tujuh jam semalam.

“Namun tiada suspek yang muncul bagi mengambil barangan berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan malam semalam seperti dipetik Berita Harian.

Baca juga kisah panik rakyat Belanda membeli ganja sebelum ini selepas dikhabarkan bakal melalui lockdown awal tahun ini di pautan di bawah.

Rakyat Belanda Panik, Beratur Beli Bekalan Ganja Selepas Kerajaan Isytihar ‘Lockdown’

Kerajaan Belanda Buat ‘U-turn’, Arah Kedai Ganja Dibuka Semula Untuk Orang Ramai

Sumber