Jarang kita lihat video muzik yang berkualiti dihasilkan untuk artis tempatan. Namun untuk muzik video terbaru Bunkface ini, ianya bertaraf antarabangsa! Bunkface menerjah Gunung Bromo untuk penggambaran video muzik ini.

Cinematography serta color grading pada muzik video ini memang lain macam. Sangat superb! Lepas menonton video muzik ini, pasti anda macam hendak pergi ke Bromo bukan? Jangan risau sebab Bunkface sendiri berkongsi dengan Vocket secara eksklusif tips untuk sampai ke setiap lokasi penggambaran dalam video muzik ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Gunung Bromo
Bunk Bromo 1

Jika hendak lihat pemandangan matahari terbit, perlu bergerak ke gunung Bromo seawal jam 2.30 pagi. Perjalanan dari hotel yang terdekat dengan puncak gunung Bromo akan mengambil masa 1 jam menaiki jeep. Dinasihatkan untuk senaman ringan dan sihat tubuh badan kerana sampai di sana, anda perlu mendaki sedikit untuk sampai ke puncak.

Paling penting anda perlu bawa bersama topeng muka atau selendang kerana akan ada pasir berterbangan di sepanjang anda mendaki gunung. Kemungkinan untuk anda mendapat sunburn tinggi jadi sediakan juga sunblock jika perlu.

Sampainya di puncak, anda pasti tidak menyesal membuat pendakian kerana pemandangan dari atas yang cantik. Kawa hgunung berapi juga masih aktif dan anda akan boleh hidu bauan ‘terbakar’ di atas puncak. Perlu lebih berhati-hati kerana kemudahan seperti tangga dan lain-lain agak kurang memuaskan dari segi keselamatan.

Madakaripura (Air Terjun)
Bunk Fall

Mungkin ramai yang tidak pernah dengar tentang air terjun ini tetapi ini adalah salah satu tempat yang anda perlu pergi sekiranya sampai ke Bromo. Air terjun ini agak jauh ke dalam sebenarnya. Dari pintu masuk, jaraknya ada dalam 4-5km. 3Km pertama, anda boleh naik motosikal tetapi baki perjalanan anda perlu berjalan kaki.

Untuk sampai ke lokasi dalam video muzik ini, memang kena redah air terjun. Jadi perlu standby baju hujan jika ke sini. Kos untuk membeli baju hujan dan sewa motor ke lokasi adalah dalam lingkungan RM10-RM15 seorang. Madakaripura adalah nama seorang raja/pahlawan dahulu kala. Air terjun ini dinamakan atas nama beliau kerana menurut lagenda, kali terakhir Madakaripura ditemui adalah di air terjun ini.

Tumpak Sewu (Air Terjun)
Bunk Sewu

Satu lagi lokasi air terjun yang juga lokasi penggambaran untuk muzik video Kembalii ini. Air terjun Tumpak Sewu berketinggian lebih kurang 1000m dan sebab itu ianya dinamakan Sewu (Sewu bermaksud seribu dalam bahasa Jawa). Untuk tiba ke bawah, ada beberapa laluan yang boleh dipilih tetapi team produksi dan Bunkface memilih laluan yang paling cepat tetapi ianya sangat mencabar.

Kenapa mencabar? Kerana route ini diperbuat daripada tangga buluh oleh penduduk tempatan dan merupakan cabaran paling besar bagi pihak produksi. Ditambah lagi dengan musim hujan, tangg menjadi sangat licin dan rasa seperti sudah rapuh sedikit.

Kawasan ini menjadi pilihan pelancong untuk camping di hujung minggu. Kalau tak mahu orang ramai, boleh pergi pada hari biasa. Gua Tetes adalah tarikan utama di sini kerana kawasannya yang sangat unik dan airnya yang jernih. Di sini, rasanya akan ambil masa lebih kurang sejam untuk untuk turun dan sejam untuk naik. Bergantung kepada keadaan juga.

Begitulah betapa dedikasinya Bunkface untuk menghasilkan video muzik Kembalii ini. Walaupun penat mereka rasa sangat puas hati kerana dapat menerokai keindahan alam ciptaan Tuhan Yang Maha Esa. Tambah mereka, selepas sampai tempat yang dituju, rasa sangat berbaloi dan hilang penat pendakian dan perjalanan yang jauh itu.

Owh, sebelum terlupa team produksi di sebalik muzik video yang awesome ini adalah CST Production. Patutlah cantik video muzik ini kerana ianya dirakam oleh CST Production dalam format 4K. Selamat menonton dalam format ini. Barulah anda dapat lihat perbezaannya. Rasa seperti anda bersama Bunkface sedang panjat gunung Bromo. Kredit gambar kepada jurugambar awesome Taufiq Nadzri. Apa pun, salute Bunkface dan CST Production untuk video muzik yang gempak ini!

Bunk Cover

bunk 1

bunk 2

Bunk finale