Pencinta fesyen pastinya mengenali jenama mewah yang berpangkalan di London ini sebagai salah satu jenama pilihan. Baru-baru ini Burberry dikatakan telah membakar barangan mewah yang bernilai hampir $26.8 juta.

Ya, benar. Barangan yang terlibat ialah koleksi-koleksi yang tak terjual selama bertahun-tahun. Menurut jurucakap Burberry, syarikat itu memilih untuk membakar produk mereka daripada jatuh ke tangan yang tidak sepatutnya. Apa yang dimaksudkan ialah barangan ini jatuh pada pihak yang mengambil kesempatan untuk menjual semula barangan ini dengan harga murah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tindakan ini diambil semata-mata untuk melindungi reputasi dan nilai eksklusif jenama mewah ini. Namun begitu tindakan ini akhrinya menerima kecaman daripada orang ramai. Tindakan membakar itu sendiri telah menerima protes berkaitan isu pencemaran. Mereka mempertikaikan tindakan Burberry dan beranggapan adalah lebih baik produk-produk seperti baju disedekahkan kepada orang yang memerlukan.


https://twitter.com/artramble/status/1020209409841147905