Jika anda masih ingat baru-baru ini Burberry dilaporkan telah membakar barisan pakaian yang tidak terjual. Berikutan dengan kecaman yang diterima oleh syarikat tersebut, Burberry kini mengeluarkan kenyataan untuk tidak lagi membakar barangan yang tidak terjual.

Menurut laporan tahunan syarikat tersebut setakat 31 Mac 2018 sebanyak $37.1 (+-RM154 juta) barangan yang tidak terjual telah dibakar. Hal ini telah menimbulkan kemarahan sejumlah besar pengguna dan orang awam yang akhirnya membuatkan syarikat ini akur untuk menyumbangkan pakaian tidak terjual kepada badan kebajikan.

Bukan itu sahaja, Burberry juga akan menghentikan pengeluaran pakaian yang menggunakan bulu asli haiwan. Ketua Pegawai Eksekutif Burberry, Marco Gobetti memberi kenyataan bahawa kemewahan moden ialah perbuatan yang terkait dengan konsep mesra alam dan mesra pengguna.

Beliau percaya dengan pembaharuan ini, syarikat yang berusia 162 tahun itu tetap akan mendapat tempat di hati pengguna setanding dengan jenama terkemuka yang lain seperti Chanel dan Gucci. Syabas Burberry.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group