Mampukah burger McDonald’s bertahan untuk tempoh lebih sedekad jika disimpan? Selalunya, makanan akan mereput jika dibiarkan dalam tempoh yang lama, bukan?

Menerusi perkongsian video ini di aplikasi TikTok, wanita ini mendakwa telah membeli satu set burger McDonald’s berserta kentang goreng pada tahun 1996.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi akaun TikTok milik cucunya itu, beliau menjelaskan burger dan kentang McDonald’s tersebut masih berada dalam keadaan baik dan tidak mereput walaupun disimpan selama 24 tahun.

@aly.sherb

Make this go viral, y’all #grandparentsoftiktok #mcdonalds #fyp #decadechallenge #foryou #happymeal

♬ original sound – aly.sherb

Sebagai bukti, wanita tersebut menunjukkan tulisan tahun 1996 yang tertulis pada bungkusan McDonald’s tersebut. Melebihi 20 tahun, terbukti tekstur roti burger tersebut tidak berkulat dan masih kelihatan seperti burger biasa.

“Roti hamburger saya tidak berkulat dan dagingnya pula tidak mereput. Tapi saya tak pasti apa akan terjadi kalau makan hamburger ini,” kata wanita tersebut. Manakala kentang gorengnya pula telah mengecut dan mengeras.

Sebenarnya, Ini bukan kali pertama set menu McDonald’s yang disimpan lama tidak mereput.

burger mcdonalds

Sebelum ini seorang peminat McDonald’s di Australia pernah menyimpan sebiji burger dalam kabinet kaca selama 25 tahun. Berpunca daripada gurauan perbualan, Casey Dean dan Eduards Nits terbayangkan apa akan terjadi jika mereka menyimpan burger untuk tempoh lama.

Terbukti burger McDonald’s mereka bertahan selama 25 tahun dan kini disimpan di sebuah muzium di Iceland untuk dijadikan bahan pameran di sana.

Kalau diberi cabaran, sanggupkah anda makan burger dan kentang goreng McDonald’s yang telah disimpan hampir tiga dekad tersebut?

Sea Salt McFlurry baharu di McDonald’s ini memang sedap. Anda boleh baca tentangnya lagi pada pautan di bawah.

Mula Dijual Hari Ini, Sea Salt McFlurry Oleh McDonald’s Ini Sedang ‘Trending’ Di Malaysia

Ekonomi Serba Tak Menentu, Burger King Bantu ‘Promosi’ Burger McDonald’s

Sedih McDonald’s Kegemaran Ditutup, Warga Jakarta ‘Degil’ Berkumpul Demi Beri Penghormatan Terakhir

Sumber