Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Burger King adalah antara produk makanan segera yang mempunyai cawangan di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 1954, sehingga sekarang Burger King masih menjadi antara tumpuan pelanggan dan telah bertapak lama dalam industri makanan.

Jenama besar dari Miami ini telah menjalankan pelbagai jenis trick untuk meluaskan perniagaan mereka ke mata dunia.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Terbaharu, melalui ciapan @twt_bajet, beliau mendedahkan bagaimana promosi produk terbaharu Burger King dilakukan tanpa melibatkan sebarang kos dan juga tenaga.

Semuanya bermula pada awal 2019, di mana Burger King telah melakukan sesuatu yang ‘pelik’ bagi pengguna media sosial apabila mereka telah bertindak menekan butang like di setiap ciapan yang sudah berusia 10 tahun.

@twt_bajet menambah tindakan Burger King telah mula dipersoalkan oleh para pengguna Twitter. Kebanyakkan daripada mereka keliru dengan tindakan Burger King yang bertindak menekan like bagi segala ciapan yang berusia 10 tahun.

Kejadian ini hanya berlaku kepada pengguna Twitter yang mempunyai ramai pengikut. Kalau anda dapat lihat gambar yang dikepilkan oleh @twt_bajet. Ia menunjukkan bahawa kebanyakkan akaun yang mendapat like dari Burger King mempunyai lebih dari 100k penggikut dan ada yang mencecah sehingga berjuta.

Beberapa media antarabangsa turut mempersoalkan tindakan Burger King dan ada artikel yang dikeluarkan bagi membincangkan kejadian ‘pelik’ ini.

Apa rahsia disebalik kejadian ini? Untuk pengetahuan anda, ia ada bersempena dengan Burger King mengeluarkan kembali produk Funnel Cake Fries, yang pertama kali diperkenalkan oleh mereka pada 2010 – sedekad yang lalu.

Ini adalah salah satu cara Burger King untuk memperkenalkan kembali produk ini kepada umum.

Teknik ini dilihat telah berjaya menarik perhatian peminat Burger King. Bagi @twt_bajet, beliau melihat ini adalah salah satu teknik marketing dari jenama makanan segera.

Burger King tidak memerlukan modal yang banyak bagi memperkenalkan kembali produk terbaharu mereka, ia tidak melibatkan sebarang papan iklan, ciapan berbayar atau agensi pengiklanan. Ia hanya dengan menekan butang like.

Untuk rekod, Burger King telah mengeluarkan pelbagai jenis promosi yang kreatif untuk jenama mereka.

Pada penghujung tahun lalu, Burger King mendedahkan bahawa promosi burger Whopper dilakukan dengan menggunakan produk pesaing, McDonalds yang disembunyikan di belakang burger ikonik mereka – ia bertujuan untuk menunjukkan bahawa Whopper mempunyai saiz yang lebih besar dari Big Mac.

Berikut adalah cerita lain mengenai Burger King. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Burger King Tokyo Tinggalkan Mesej ‘Kejam’ Sempena Penutupan McDonalds

Selepas Umum Keluar Dari Keluarga Diraja, Putera Harry Dan Meghan Markle Ditawarkan Kerja Oleh Burger King

 

 

Anda Mungkin Suka