Burger King merupakan sebuah franchise makanan segera yang menyediakan burger dengan hidangan enak dan menarik sebagai menu utama mereka.

Sensitif dengan isu buli dikalangan pelajar khasnya di Amerika Syarikat, Burger King tampil dengan satu video eksperimen sosial untuk mengetahui sejauh mana kesedaran masyarakat terhadap kes sosial dunia ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Di dalam sebuah video yang dinamakan ‘Bullying Jr.’ ini memaparkan seorang remaja melakukan gurauan kasar terhadap seorang remaja lain. Walaupun kejadian ini berlaku di hadapan mata pelanggan lain, namun mereka mengambil keputusan untuk membiarkan sahaja.

Yang menariknya tentang video ini ialah apabila Burger King melakukan twist terhadap pelanggan dengan menghidangkan signature burger mereka Whopper Jr. yang telah ‘dibuli’ oleh staf restoran.

https://www.youtube.com/watch?v=mnKPEsbTo9s

Hasil daripada eksperimen sosial ini menunjukkan 95% pelanggan membuat aduan terhadap burger mereka yang telah rosak dan 12% pelanggan bertindak mempertahankan pelajar yang kena buli itu tadi.

Terbukti bahawa kesedaran masyarakat masih rendah terhadap jenayah buli. Video yang baik daripada Burger King ini memberi pengajaran kepada kita bahawa dengan membantu memberhentikan jenayah buli, kita dapat menyelamatkan jiwa mangsa yang kena buli.

Lakukanlah perubahan walaupun sedikit.