Burger King tidak pernah mengecewakan. Burger King Malaysia semalam berkongsi satu video tentang ‘menu baharu’ mereka, Chocolate Whopper. Ianya hanya akan ‘dijual’ pada hari esok sahaja.

Menu ini langsung tidak menggunakan daging, sebaliknya diperbuat daripada coklat yang dipanggang dan ditabur di atasnya coklat putih bersama raspberry syrup yang semestinya buat anda terliur.

Namun anda pasti kecewa dengan berita ini. Ini hanyalah gimik atau troll Burger King sempena 1 April esok. Ini bukanlah kali pertama Burger King melancarkan produk khas untuk bulan April. Kentang ini juga antara produk yang pernah ‘dijual’ Burger King sebelum ini.

Kalau anda rasa nak kenakan rakan hari esok, tunjuk gambar ini dan minta mereka buat pesanan burger ini esok. Sekali lagi Burger king tidak pernah mengecewakan dan burger ini memang nampak sedap.