Kita selalu disajikan dengan perang di antara jenama makanan segera bagi merebut takhta sebagai jenama paling menjadi pilihan. Mereka akan bergaduh membalas kata dengan beberapa trick media bagi menarik perhatian orang.

Tetapi, tidak semua jenama mampu bertahan dengan perang ini. Ada bayaran yang perlu dilunaskan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seperti jenama rangkaian makanan segera terbesar di dunia, McDonalds yang terpaksa menutup perniagaan mereka di Akibahara Tokyo. Media tempatan kebanyakkan melaporkan bahawa ia adalah kejadian yang berlaku ‘sekali dalam berpuluh tahun’.

Ada logiknya laporan itu selepas mengambil kira jenama dan juga persekitaraan cawangan yang terletak di satu daerah kota Tokyo yang selalu sibuk dengan jutaan pelancong.

am-1-1
Sora News

Untuk info, Akibahara adalah pusat membeli-belah barangan elektronik dan juga tempat kegilaan para peminat anime sejak 22 tahun yang lalu.

Apabila kejadian ini berlaku, kebanyakkan pemerhati merungkaikan bahawa McDonalds mungkin tidak tahan dengan ‘tekanan’ berada dekat dengan pesaing mereka Burger King – hanya dipisahkan dengan dua kedai.

Penutupan McDonalds disambut dengan bijak oleh Burger King apabila merakamkan ucapan penghargaan kepada McDonalds yang telah berkhidmat sejak dua dekad lalu. Namun dilaporkan bahawa ucapan itu sebenarnya mempunyai mesej yang tersembunyi, Sora News 24 melaporkan bahawa jika di baca terbalik ucapan itu, ia sebenarnya berbunyi ‘kemenangan adalah milik kita’.

Terbaharu, melalui satu ciapan oleh pengguna Twitter, @ESP_Believe_777 melaporkan bahawa satu papan tanda baharu sudah dinaikkan oleh Burger King.

Poster baharu itu menunjukkan seorang pekerja Burger King menunduk sebagai tanda hormat. Manakala di sebelahnya terdapat mesej, “Terima kasih untuk 22 tahun.

“Kita berada di antara satu sama lain, seperti keluli mengasah keluli, apa yang kita lakukan bersaing dengan baik seperti seorang rakan. Tetapi di akhirnya nasib nanti akan membuatkan kita sedih. Sehingga kini, anda adalah kehadiran yang tidak berubah di sekitar [tidak dapat dibaca]. Terima kasih untuk senyuman 22 tahun Baik [tidak boleh dibaca], dan kami akan terus melakukan yang terbaik lagi esok.

Malangnya, cahaya mengaburkan beberapa perkataan. Inti keseluruhan masih cukup mudah untuk dipahami, namun, masih wujudkah mesej tersembunyi? Ya, terdapat mesej tersembunyi di dalam kenyataan terbaharu Burger King ini, dan ia adalah ‘kami tidak akan lupakan anda’.

Pemerhati menyatakan bahawa jika dilihat dengan teliti tulisan Jepun itu, anda akan menjumpai satu ayat yang jika di baca dengan menegak akan menjadi Wasurenai yo iaitu ‘kami tidak akan lupakan anda’.

Mesej Burger King kali ini dilihat lebih kepada menghargai pesaingnya dan menganggap bahawa tidak kira betapa lama pun mereka berperang. Mereka sebenarnya sedang saling membantu di antara satu sama lain.

Baca cerita lain mengenai McDonalds dan Burger King. Klik pautan di bawah.

Selepas Umum Keluar Dari Keluarga Diraja, Putera Harry Dan Meghan Markle Ditawarkan Kerja Oleh Burger King

Jadikan McDonald’s Tempat ‘Study’, Pelajar Ditegur Supaya Hormati Pelanggan Lain

Sumber