Disebalik tularnya Burger Nasi Lemak daripada McDonald’s Singapura, Bella nampaknya telah memilih destinasi yang lebih dekat dengan mencuba hidangan yang seakan sama iaitu Burger Nasi Lemak Ayam Rendang. Terletak di Petaling Jaya, Selangor, myBurgerLab berjaya menawarkan pelbagai hidangan burger dengan memfokuskan kepada charcoal burger iaitu burger dengan roti bewarna hitam.