Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Buriram United mengesahkan kejuaraan Thai League 1 musim 2017, apabila menewaskan Police Tero 4-0 di ‘Thunder Castle’ Stadium I-Mobile.

Pemain import yang dipinjam dari liga divisyen 1 Belgium – KSC Lokeren, Jaja berjaya menjaringkan 2 gol pada minit ke 6 dan 20, manakala masing-masing 1 gol oleh Diogo dan kapten mereka Suchao Nuchnum.

Ini merupakan kali ke 5 Buriram United muncul sebagai juara dan mencipta rekod sebagai kelab paling berjaya dalam liga bola sepak Thailand.

23316648_10154781927780213_8417567628726671009_n

Kejayaan ini juga membolehkan Buriram United, menempah tempat ke saingan peringkat kumpulan AFC Champions League 2018, dan kembali ke saingan tertinggi bola sepak Asia sejak kali terakhir pada musim 2016.

Selaku juara Thai League 1, Buriram United akan menerima hadiah wang tunai berjumlah 10 juta Baht (RM1.275 juta).

Bekas Kelab Velizar Popov Tersingkir ke Thai League 2

3 pasukan tercorot Thai League 1, Sisaket FC, Thai Honda Ladkrabang dan Super Power Samut Prakan sah tersingkir ke Thai League 2 musim hadapan.

Sementara itu, 3 pasukan teratas dari M-150 Championship akan menggantikan pasukan tersebut dalam saingan Thai League 1 2018 – Chainat Hornbill (Juara Thai League 2), Air Force Central (Naib Juara) dan Prachuap FC.

Anda Mungkin Suka