Dari dulu lagi pernah dengar kisah tentang pendatang asing yang mempunyai kelayakan pendidikan tinggi di negara asal mereka menjadi buruh kasar di negara kita.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Baru-baru ini seorang doktor di Johor Bahru terkejut apabila pendatang asing warga Bangladesh telah mendiagnos dirinya sendiri dan menyebut beberapa perkataan perubatan.

Hal ini berlaku semasa pendatang asing itu dirawat oleh Dr. Goh Aik Ping. Pesakit itu menyatakan dia alami cirit-birit dan mencadangkan kepada doktor dia mungkin menghidap ‘disentri’.

Disentri ialah satu istilah perubatan untuk jangkitan usus. Jadi, ia bukan perkara normal jika orang bukan berlatar belakang perubatan mengetahui perkataan tersebut.

Semangat inkuiri Dr. Goh terhadap pesakit itu makin memuncak apabila pesakit Bangladesh itu bertanya beberapa nama ubat yang kompleks yang hanya digunakan oleh doktor perubatan.

Pada awalnya Dr. Goh telah bertanya kepada pesakit itu bagaimana dia tahu akan istilah itu ‘disentri’. Pesakit hanya berdiam diri. Sekarang pesakit tanya ubat seperti ciprofloxacin, metronidazole dan Azithromycin pula.

Jadi, Dr. Goh tanya lagi sekali kepada pesakit tersebut. Akhirnya dia mengaku bahawa dia seorang ahli farmasi dan mempunyai farmasi sendiri di Bangladesh. Malah, adiknya juga seorang doktor.

Dia datang ke Malaysia kerana ketidakstabilan politik di Bangladesh dan berhasrat pulang ke sana semula jika segalanya pulih.

Apa yang dialami oleh pesakit Bangladesh ini membuatkan Dr. Goh terfikir akan nasib rakyat Malaysia jika negara ini mengalami ketidakstabilan politik.

Adakah kita juga akan merantau ke negara orang yang lebih maju?

Adakah kita akan sanggup menjadi kuli dan buruh demi kehidupan yang lebih baik berbanding negara sendiri?

Bayangkan kita berada dalam keadaan mereka. Apakah pilihan kita?

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group