Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Jumaat lalu adidas secara rasmi telah membuka butik adidas Sneaker Collect di Level 3 KLCC, butik konsep yang mengumpulkan model terbaru daripada adidas merangkumi koleksi adidas Performance sehinggalah adidas Originals.

Kuala Lumpur merupakan destinasi kedua untuk butik Sneaker Collect selepas butik konsep pertama ini dibuka di China. Apa yang membezakan butik ini dengan butik adidas yang lain adalah Sneaker Collect lebih memfokuskan pengalaman membeli sneakers dan segala model terbaru di pasaran anda boleh membelinya di sini.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Selain itu, apa lagi yang special di sini? Semestinya peluang untuk anda customize kasut yang anda beli. Anda diberi pilihan untuk membeli tali kasut, dubraes serta vinyl patches untuk hias kasut anda. Barulah kasut baharu anda nanti lain daripada yang lain.

adidas sneaker collect 4

Ruangan untuk custom kasut yang anda beli

adidas sneaker collect 2

Lampu neon untuk rakam gambar Instagram anda

adidas sneaker collect 1

‘Roadies’ yang biasa dilihat di konsert ditukar menjadi shoes display

Begitu juga dengan hiasan dalaman butik ini yang minimalis dengan penggunaan rak beroda (roadies) untuk display kasut serta warehouse racks pada dinding. Selepas membeli, anda juga boleh tangkap gambar di logo neon adidas Sneaker Collect untuk anda muat naik di Instagram.

Antara model yang ada di adidas Sneakers Collect ketika ini adalah ULTRABOOST, Forum, Stan Smith, ZX, Samba dan koleksi terkini 4D termasuklah model 4D FUTURECRAFT dan 4D FUSIO. Jadi, rasai sendiri pengalaman shopping yang berbeza di adidas Sneaker Collect Level 3, Lot 310-312 KLCC dan kami yakin bila anda masuk sini, anda tidak akan pulang tangan kosong.

adidas sneaker collect 3

3D printer keychain yang dibuat secara ‘live’ di sini

P/S: Tidak lupa juga, terdapat keychain khas yang diperbuat menggunakan mesin 3D Printers untuk anda beli sebagai souvenir. Memang cool.

Sebelum ini, Danial ada membuat video berkenaan model adidas dengan teknologi masa hadapan 4D. Klik pada pautan di bawah.

adidas Guna ‘Printer’ Untuk Hasilkan Tapak Kasut Ultra 4D 5 Ini?

adidas Malaysia Mula Jual Sandal Adilette BOOST Yang Dijamin Selesa

Bertempat Di Pavilion, adidas Lancar MakerLab Pertama Di Malaysia

Anda Mungkin Suka