Dua bulan lalu, kami ada berkongsi dengan tentang sebuah butik fake khas untuk Yeezy di Wenzhou, China. Youtuber Collin Abroadcast antara yang sudah sempat ke butik YEEZY tiruan ini dan beliau berkongsi dengan pengikutnya tentang barangan apa yang dijual di butik YEEZY ini selain kasut.

Kreatif juga mereka ini kerana banyak sungguh rekaan yang unik dijual butik Yeezy tiruan ini. Tetapi harganya setiap kasut bukan harga tiruan. Satu kasut dijual pada harga USD150 (lebih kurang RM630) hingga USD300 (lebih kurang RM1,200) bergantung pada rekaan. Dan ianya lebih mahal daripada harga retail YEEZY yang sebenar! Paling gila mereka turut jual payung yang bukan pun daripada keluaran YEEZY pada harga yang mahal. Mana yang akan ke Wenzhou, China dalam masa terdekat, jangan lupa untuk melawat kedai ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →