Yumeyakata, sebuah butik sewa kimono di Jepun kini telah menawarkan hijab wagara untuk wanita muslim yang melawat bandar Kyoto. Anda boleh menyewa hijab ini untuk dipadankan bersama kimono supaya kelihatan lebih menawan di dalam gambar.

askjdhaksjhdstore1

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Butik Yumeyakata menyediakan 20 rekaan hijab wagara yang berbeza dalam koleksi mereka yang sesuai untuk musim bunga, musim sakura dan yukiwa (musim salji) ditambah lagi dengan 50 rekaan untuk musim panas.

asdakjshdkjahskdjahsstore2

askdjhaskjdhaksjdhstore4

Rekaan tudung ini tidak jauh beza daripada konsep reka bentuk kimono kerana ianya sememangnya direka khas untuk mempunyai reka bentuk wagara iaitu corak Jepun yang sangat sesuai dipadankan dengan pakaian tradisional Jepun tersebut.

Tudung wagara ini boleh disewa di dua lokasi iaitu 128, Manjujicho, Shimogoyo-ku, Kyoto-shi, Kyoto dan 472-1 Kinpukicho, Nakagyo-ku, Kyoto pada harga 300 Yen (~RM11) sahaja.

askjdhaksjdhakjshdstore5

asjdhasjdajdhasjhstore3

Kepada wanita Islam yang ingin melawat Jepun dan merancang untuk menyewa kimono, kini anda juga boleh menikmati pengalaman memakai kimono dipadankan dengan tudung Yarayakata yang sesuai dengan pilihan pakaian tradisional Jepun tersebut.

Sumber