Southaven, sebuah butik di Singapura telah bertindak mendenda staf dengan 200 hingga ke 300 senaman squat jika mereka gagal untuk mencapai sasaran jualan yang telah ditetapkan.

Seorang bekas pekerja, Lin, mendakwa bahawa dia terpaksa melakukan 200 hingga 300 senaman squats setelah gagal memenuhi sasaran jualan untuk Tahun Baru Cina baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bercakap kepada Shin Min Daily News, bekas pekerja lain bernama Liu turut mendakwa bahawa dia juga dipaksa melakukan senaman squats antara Mei dan September 2019.

Lebih parah lagi, butik tersebut turut mempunyai satu group chat dengan “Fatty Club” dan staf mereka dipaksa untuk melaporkan berat badan mereka setiap minggu.

Beberapa tuduhan lain juga muncul di Facebook apabila ada yang mendakwa mereka akan dihukum jika memakai minyak wangi atau gincu yang terlalu sedikit. Manakala yang lain pula menyatakan bahawa mereka hanya diberikan rehat selama 20 minit.

Ada yang mendakwa mereka terpaksa bekerja selama 12 jam sehari dengan hanya empat hari cuti dalam sebulan. Beberapa dakwaan lain pula menyatakan bahawa mereka akan didenda sebanyak S $ 1 (RM3.05) jika pelanggan meninggalkan bilik salinan tanpa membeli apa-apa.

Southaven nafi tuduhan

Zheng Jin Ta, jurucakap Southaven, telah menafikan tuduhan ini ketika disoal oleh Shin Min Daily News. Menurutnya, dia tidak menyedari kejadian seperti itu berlaku di premisnya.

Ketika menjawab soalan mengenai denda 300 senaman squats, Zheng menyatakan bahawa senaman itu direka oleh pekerja itu sendiri jika mereka gagal untuk mencapai sasaran.

Manakala bagi group chat yang dinamakan “Fatty Club”, Zheng mendakwa bahawa kumpulan itu dicipta bagi memotivasikan pekerjanya untuk mengamalkan hidup sihat dan sentiasa bersenam.

“Perkara berikut tidak dikuatkuasakan dan jika mereka tidak mahu melakukannya, ia tidak akan mempengaruhi pekerjaan mereka.”

Terdahulu, seorang pengawal keselamatan warga Nepal telah didera sehingga mendapat perhatian kedutaan Nepal. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Pengawal Keselamatan Nepal Didera Warga Tempatan, Kedutaan Nepal Buat Laporan Polis