Selepas Bathing Ape, nampaknya butik fesyen terkemuka Jepun, atmos pula akan membuka cawangan pertama mereka di Malaysia.

Perkara berkenaan dikongsikan di laman Instagram rasmi atmos Kuala Lumpur dua jam lalu. ketika ini, tiada maklumat di mana butik atmos Kuala Lumpur ini bakal beroperasi.

Buat yang kurang kenal dengan atmos, atmos adalah salah satu butik streetwear terkenal di Jepun yang diasaskan oleh Hidefumi Hommyo pada tahun 2000. Sejak mula beroperasi, atmos sudah membuat kolaborasi bersama pelbagai jenama antarabangsa antaranya Nike, adidas, ASICS dan PUMA.

Kolaborasi antara atmos x ASICS x Sean Wotherspoon merupakan antara model paling dinanti-nantikan peminat kasut tahun ini. Diharap model kolaborasi ini turut akan mendarat di atmos Kuala Lumpur nanti.

Atmos pada ketika ini hanya mempunyai 6 cawangan di luar Jepun dan Kuala Lumpur bakal menjadi cawangan ke-7 mereka di luar Jepun. Apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut lokasi serta bila butik ini akan dibuka secara rasmi.

Peminat fesyen di Malaysia juga turut sabar menanti butik rasmi pertama Bathing Ape yang bakal dibuka di Malaysia tidak lama lagi. Baca tentangnya lagi pada pautan di bawah.

Butik Rasmi A Bathing Ape Bakal Dibuka Di KLCC?

G-Shock Tampilkan ‘Smartwatch’ Dengan Teknologi GPS Dan Kadar Degupan Jantung

Jenama Qaysaa Jelajah Sepanyol, Pink La Muralla Roja Jadi Pilihan ‘Photoshoot’ Raya 2020