Setelah 20 tahun beroperasi, butik terkemuka di Paris, colette melabuhkan tirai dan berhenti operasi pada tahun 2018. Ketika majlis perpisahan terakhir butik ini akhir tahun lalu, jenama besar dari seluruh dunia seperti adidas sehinggalalah Saint Lauren melancarkan koleksi khas sebagai tribute kepada butik hebat ini.

Tetapi tanpa disedari, rupanya butik ini muncul pula di China. Jika ianya dibuka di China, kebarangkalian untuk butik ini palsu adalah sangat tinggi. Tahun lalu, satu butik YEEZY palsu dibuka di Wenzhou, China. Kini colette pula menerima nasib yang sama.

Butik colette Forever ini ternyata diinspirasikan daripada butik colette di Paris. Pemilik butik ini, Zhao Shuo adalah peminat butik colette dan menurut beliau, kedainya masih belum buat sebarang keuntungan dan seperti biasa menjual barangan tiruan dari jenama mewah seperti Gucci, Balenciaga dan Louis Vuitton.

colette 2

Itulah industri fesyen di China. Mana jenama yang boleh buat wang, pasti akan diciplak. Anda boleh lihat temubual Zhao Shuo berkenaan butik beliau ini di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤