Anda yang biasa ke Tokyo pasti kenal sangat dengan butik 2nd STREET ini. Anda tidak perlu terbang ke Tokyo lagi kerana 2nd STREET sudah membuka cawangan keduanya di SS15, Subang Jaya.

Cawangan pertama 2nd STREET di Malaysia sudah dibuka sejak September tahun lalu di SS13. Cawangan kedua 2nd STREET Malaysia ini dibuka secara rasmi bermula hari ini dan lebih mudah untuk diakses penduduk lembah Klang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

2nd street cover 2

Pelbagai jenama yang dibawa masuk oleh 2nd STREET Malaysia seperti Nike, adidas, Champion, New Era serta jenama mewah seperti Louis Vuitton, Gucci dan banyak lagi.

Sempena pembukaan cawangan kedua ini, anda boleh menikmati diskaun 20% dengan hanya ‘Like’ Facebook 2nd STREET Malaysia. Jika anda mahu tampil bergaya tetapi tidak mahu berbelanja lebih, boleh terjah 2nd STREET SS15 Subang Jaya. Anda pasti rambang mata nanti.