Nampaknya jenama streetwear unggul dari Jepun, A Bathing Ape akan membuka butik rasmi pertamanya di Malaysia.

Sekeping gambar dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Aristen Lim membuatkan peminat setia jenama ini tidak senang duduk. A Bathing Ape atau BAPE memilih KLCC sebagai lokasi debut jenama berkenaan di Malaysia.

BeFunky-collage-15
HYPE
Sedap Dan Berkhasiat, Ini Cara Untuk Belanja ‘Si Meowy’ Anda Me-O Cat Lick Secara Percuma
Baca lagi →

BAPE ditubuhkan pada tahun 1993 oleh NIGO mempunyai pengikutnya yang tersendiri di seluruh dunia. Artis dari serata dunia terutamanya penyanyi rap seperti Kanye West, Pharrell Williams, Travis Scott dan ramai lagi turut menjadi peminat jenama ikonik Jepun ini.

Pada ketika ini, butik rasmi BAPE paling dekat adalah di Singapura dan peminat BAPE di Malaysia tidak lagi perlu terbang ke Singapura dan Jepun untuk membeli produk BAPE.

Dikhabarkan syarikat yang membawa masuk BAPE ke Malaysia adalah syarikat yang sama membawa masuk BAPE ke Singapura. Jadi, harganya akan sedikit tinggi berbanding di Jepun.

Apa pun, tunggu pengumuman rasmi bila butik ini akan dibuka di Malaysia. Harapnya ia dibuka sebelum 23 Mei. Boleh beli baju kemeja di sini untuk pakai sempena Hari Raya Aidilfitri.

Uniqlo bakal melancarkan koleksi khas mereka bersama Ultraman April ini. Anda boleh bacanya lagi pada pautan di bawah.

Uniqlo Bakal Lancar Koleksi Khas Bersama Ultraman April Ini

6 Pasang Nike Air Mag Bernilai Ratusan Ribu Ringgit Dijumpai Dalam Stor Terbiar

UltraRange EXO, Model Paling Selesa Dan Ringan Daripada Vans Setakat Ini

Anda Mungkin Suka