Sebut mengenai Uniqlo pasti ramai yang pernah shopping di gedung pakaian ini. Menawarkan seleksi pakaian dengan harga mampu milik serta selesa antara yang membuatkan gedung pakaian dari Jepun ini menjadi pilihan ramai.

Bersempena dengan ulang tahun ke-10 Uniqlo di Malaysia pada bulan November ini, Uniqlo telah mengumumkan buat pertama kalinya butik tunggal mereka bakal dibangunkan bersebelahan jalan DA Square @ Damansara Avenue.

124893701_5010609595646103_6932209998279815517_o

Dibangunkan sekitar Bandar Sri Damansara, butik Uniqlo ini sedia memastikan orang ramai mampu membeli-belah dengan selesa menerusi penawaran parkir yang luas serta kemudahan golongan kurang upaya.

Uniqlo store ini dijangka bakal dibuka kepada umum seawal Disember 2020 ini. Pastinya banyak sale yang bakal dijalankan Uniqlo bersempena dengan pembukaan butik tunggal pertama mereka. Berdasarkan respon daripada para netizen, nampaknya ramai yang sudah tidak sabar untuk menjadi pelanggan terawal butik terbaharu Uniqlo ini.

Sold out di Jepun sewaktu mula dilancarkan, pelitup muka Uniqlo AIRism nampkanya masih lagi menjadi buruan peminat berikutan keselesaan yang ditawarkan.

‘Sold Out’ Di Jepun, Pelitup Muka Uniqlo Akan Mula Dijual Di Malaysia 14 September 2020

Netizen Muak Perangai ‘Reseller’ Mahu Kaut Untung Melampau Bagi Koleksi Uniqlo x Billie Eilish