Sejak beberapa hari kebelakangan ini, demonstrasi yang terjadi di beberapa tempat utama di Amerika Syarikat semakin merebak sebagai protes kematian seorang lelaki kulit hitam, George Floyd.

Namun, demonstrasi ini kian parah apabila rakyat Amerika Syarikat melihatnya sebagai ‘lesen’ untuk buat kacau bilau dan merompak butik serta pasaraya. Sebuah outlet Nike contohnya habis kosong apabila individu yang tidak bertanggungjawab masuk dan mengambil habis semua stok baju dan kasut di outlet tersebut.

Butik streetwear serata Amerika Syarikat juga tidak terlepas dijadikan sasaran. Boneyard Chicago antara butik yang menjadi mangsa. Mereka berkongsi gambar butik mereka yang sudah ‘bersih’ diksosongkan oleh pencuri.

https://www.instagram.com/p/CA3GmKgHcRU/

Walaupun sedang berduka, pemilik butik Boneyard Chicago masih lagi boleh bergurau. Dalam caption yang ditulis oleh mereka, mereka mencari salah seorang individu yang memecah masuk butik mereka untuk ambil kembali telefon pintarnya yang tercicir ketika merompak.

Pengguna akaun Instagram juice_off79th nampaknya tidak menutup akaun Instagram beliau tetapi pada ketika ini hanya private kan akaun Instagram miliknya.

Pengikut serta pelanggan Boneyard Chicago juga ternyata terhibur dengan reaksi bersahaja pemilik Boneyard Chicago. Ada juga yang sempat berseloroh di ruangan komen mengatakan para perompak sebenarnya sedang mencari ‘justice’ (terhadap George Floyd) di dalam butik berkenaan.

Kerajaan Amerika Syarikat kini dilihat seperti tidak dapat mengawal rakyatnya. Tidak cukup kes COVID-19 yang meningkat naik hari demi hari, ditambah pula lagi dengan protes besar-besaran ini. Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memberi jaminan keadilan pasti akan ditegakkan buat George Floyd dan polis yang menyebabkan kematian George akan menerima hukuman yang berat.

Beberapa hari lepas, sebuah butik Louis Vuitton dirompak dan barangan bernilai RM368,000 lesap dalam masa seminit sahaja. Baca tentangnya lagi pada pautan di bawah.

Tidak Sampai Seminit RM368,000 Lesap, Butik Louis Vuitton Dirompak Semasa Demo George Floyd

Netizen Muak Perangai ‘Reseller’ Mahu Kaut Untung Melampau Bagi Koleksi Uniqlo x Billie Eilish

Pertama Kali Dalam Sejarah, adidas Sokong Kempen ‘Don’t Do It’ Nike