Sebuah butik jenama besar dunia, Supreme yang terletak di bandar Osaka, Jepun telah dirompak awal Isnin lalu, lapor The Mainichi.

Polis menerima laporan pada jam 5:20 pagi daripada sebuah syarikat keselamatan mengenai kecurian yang berlaku di butik tersebut yang terletak di jalan Minamihorie, Nishi Ward.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pegawai yang tiba di tempat kejadian mendapati pintu kaca di bahagian depan kedai pecah dan berpuluh-puluh barang telah hilang.

Antara barang yang dicuri ialah baju dan kasut yang dipamerkan di depan pintu masuk, manakala tingkat satu dan pejabat tidak menunjukkan tanda-tanda digeledah, kata polis.

Nilai kecurian dianggarkan sehingga RM113,500, lapor HIGHSNOBIETY.

Ditubuhkan di New York City pada tahun 1994, Supreme popular di kalangan remaja yang berminat dengan hip-hop dan skateboarding.

Barangan khas dari jenama ini sering dijual dengan harga yang sangat tinggi.

Berikut adalah barangan Supreme yang ‘rare’ pernah dikeluarkan. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Supreme Berkolaborasi Bersama BLU Perkenalkan Telefon Edisi Terhad

Honda CRF 250R ‘Dirt Bike’ Antara Aksesori Menarik Keluaran Supreme Tahun Ini

Supreme Berkolaborasi Dengan Cressi Perkenalkan Set Snorkel