Kalau anda ingin membeli barangan copy ori, China adalah lubuknya. Kalau dari segi kreatif dan inovatif, menang dekat mereka juga. Wenzhou, sebuah bandar di China sudah mempunyai butik YEEZY, cuma masalahnya ianya bukan butik rasmi YEEZY dan kasut yang dijual pula semuanya tidak original.

Kasut Adidas YEEZY Boost yang dijual di sini juga boleh dikatakan lengkap daripada rekaan yang pertama hingga yang terbaru. Warna yang tidak pernah keluar pun ada jika anda mahu jadi insan yang rare dengan kasut yang lain daripada yang lain. Kalau anda sedang mencari Beluga V2 sekali pun, pasti ada.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ianya kini menjadi satu masalah kepada Adidas dan jenama antarabangsa yang lain apabila semakin ramai yang tidak kisah untuk bergaya dengan kasut ciplak ketika ini. Tetapi dengan harga YEEZY Boost original yang dijual dengan harga berlipat kali ganda menyebabkan ramai yang mencari alternatif lain untuk menyarung kasut dengan model yang sama. Apa kata anda?

Yeezy 2

yeezy 3