Sejak-sejak akhir ini semakin banyak kenderaan EV kelihatan di jalan raya Malaysia. Menurut satu laporan ada menyatakan terdapat peningkatan ketara dalam penggunaan EV, daripada hanya 388 kenderaan pada 2021 kepada 1,033 pada Julai 2022, dan jumlah itu dijangka meningkat kepada lebih 2,000 kenderaan menjelang akhir tahun yang sama.

Tesla merupakan salah satu jenama kereta EV yang cukup popular dan dipercayai oleh pengguna Malaysia. Setakat hari ini antara model-model yang kelihatan adalah Model S, Model 3 dan Model X.

Baca Juga:

Baru-baru ini Paultan.org, syarikat subsidari Tesla Services Sdn Bhd yang beroperasi sebagai Pusat Perkhidmatan Kongsi Kewangan di Pulau Pinang untuk menyokong wilayah EMEA dan APAC sejak 2017 itu telah mengemaskini nama di dalam SSM menjadi Tesla Sdn Bhd pada Oktober 2022 lalu.

Sumber Gambar: Paultan.org

Jenis-jenis perniagaan juga dikemas kini menjadi; pemborong dan runcit kenderaan bermotor baru, aktiviti perkhidmatan lain yang berkaitan dengan pengangkutan darat, penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan bermotor — sekaligus ia memberi gambaran Pusat 3S Tesla berkemungkinan beroperasi di Malaysia juga.

Dengan kadar penggunaan EV semakin meningkat di negara ini, serta insentif EV daripada pihak kerajaan seperti pengecualian duti import hingga 31 Disember 2025, maka tidak mustahillah Tesla mahu mengambil ‘peluang keemasan’ ini untuk terus mengembangkan pasarannya di Malaysia.

Sama-sama kita nantikan berita baik pada masa akan datang.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sumber