Tahun baru bakal tiba tidak lama sahaja lagi, namun dua berita sedih telah diumumkan di mana dua operator rangkaian mudah alih maya (MVNO), Buzzme dan TRON akan menamatkan perkhidmatan mereka tidak lama lagi.

Buzzme yang merupakan perkhidmatan mudah alih yang berada di bawah Enabling Tech Asia bermula tahun 2013 dengan menumpang rangkaian U Mobile dan ianya juga baru sahaja dilancarkan semula untuk meluaskan lagi rangkaian mereka namun kini mengumumkan akan menghentikan sepenuhnya perkhidmatan pada 31 Januari 2019 nanti.

untitled

Begitu juga dengan TRON yang telah dilancarkan pada tahun 2011 dengan menggunakan rangkaian Digi dan kini mengumumkan untuk menghentikan operasi tersebut sepenuhnya pada 17 Januari 2019 nanti oleh kerana perjanjian bersama Digi dan TRON tidak dapat dicapai.

MVNO-tutup-kedai-2019-surat-Tron-2

Kepada pengguna Buzzme dan TRON, anda dinasihati untuk menukar rangkaian anda ke rangkaian lain sebelum kedua-kedua rangkaian tersebut ditutup sepenuhnya. Bagi pengguna Buzzme, anda dinasihatkan untuk bertukar ke rangkaian lain selewant-lewatnya pada 28 Januari 2019.

Manakala pengguna TRON pula anda dinasihati untuk menukar rangkaian anda di TuneTalk ke rangkaian lain selewat-lewatnya sebelum 17 Januari dan sekiranya anda tidak menukar rangkaian sedia ada kepada rangkaian lain, secara automatiknya rangkaian TRON anda akan ditukarkan ke talian Digi.

Bagi pengguna rangkaian TRON yang ingin mendapatkan bayaran balik, anda bolehlah membuat permohonan di sini yang akan dibuka dari 18 Disember 2018 sehingga 17 Januari 2019.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.