Sempena memperingati 50 tahun karya pereka jam Gerald Genta, Bvlgari bakal mengeluarkan Platinum Arena Bi-Retro khas buat peminat setia jenama tersebut.

Semenjak mula bernaung dibawah Bvlgari pada tahun 2000, Gerald Genta telah menghasilkan beberapa rekaan ikonik jam tangan moden. Oleh itu, tahun ini Bvlgari bakal mrngeluarkan semula Platinum Arena Bi-Retro yang pernah dikeluarkan sekitar tahun 1990-an.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sama seperti rekaan asal, Arena Bi-Retro akan memaparkan jam pada angka 12 dan angka pada piring logam kecil akan berubah pada setiap jam. Bacaan minit akan dipaparkan di bahagian atas jam manakala tarikh akan dipaparkan di bahagian bawah.

Rangka jam berukuran 41mm tersebut diperbuat sepenuhnya daripada logam platinum dan disertakan dengan tali jam yang diperbuat daripada kulit buaya. Walau bagaimanapun keluaran kali ini hanya akan dihadkan kepada warna biru sahaja. Jam eksklusif ini boleh dimiliki dengan harga CHF55,000 (±RM227 ribu).

Bvlgari-Gerald-Genta-50th-Anniversary-Arena-Bi-Retro-SIHH-2019-1

Bvlgari-Gerald-Genta-50th-Anniversary-Arena-Bi-Retro-SIHH-2019-4