Nota Editor: Perkongsian ini ditulis oleh Tuan Adnan Nan dan diterbitkan semula di Vocket dengan kebenaran beliau. Merawan Kanching atau Giam Kanching merupakan khazanah bumi negara yang hanya tumbuh di negara kita dalam satu kelompok kecil di sebuah hutan di Selangor. Pokok ini tidak terdapat di negara-negara lain, dan bilangannya yang kecil, menjadikannya di antara spesis flora dunia yang terancam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berpeluang untuk membuat lawatan di jambatan di jalan “bypass” antara Serendah ke Rawang yang dibina oleh seorang anak Melayu tempatan Tuan Haji Radzali Mokhtar.

Ada satu keunikan pada jambatan tersebut, kalau kita lihat reka bentuk jambatan itu kita akan dapat nampak laluannya yang agak berbengkang bengkok, tidak lurus.

Sebenarnya jambatan itu sengaja tidak diluruskan demi kerana ingin menyelamatkan spesis sejenis pokok, iaitu Giam Kanching atau Merawan Kanching yang hanya terdapat di kawasan persekitaran laluan tersebut. Malah di dalam Malaysia hanya di situ sahaja tumbuhan itu tumbuh.

Dimaklumkan juga kesalahan bagi mengambil pokok Gian Kanching tanpa mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa akan membawa kepada denda sebanyak sejuta Ringgit.

Kepada mana-mana yang bertanya kenapa jambatan itu tidak diluruskan, maka itulah jawapan sebenarnya. Kalau ada yang berpendapat kerana untuk mengelakkan bukit-bukau atau tanah yang curam, maka jawapan itu adalah tidak tepat. Syarikat Hasrat Sedaya Sdn Bhd mempunyai keupayaan, dan sedang membina sebuah jambatan di kuala sungai Kuala Terengganu yang melibatkan pembinaan di dasar muara sungai yang dalam. Jambatan tersebut bakal dilengkapi dengan sebuah restoran yang besar, yang bakal menjadi mercu tanda negeri Terengganu.

Sekalung tahniah buat Tuan Haji Razali yang mewakili Hasrat Sedaya Sdn Bhd kerana telah mengharumkan nama anak watan Batang Kali.

BACA: Jurugambar Ini Merakam Budaya Dunia Yang Akan Pupus Ditelan Zaman

Tentang Giam Kancing

Hopea subalata ialah spesies pokok kaum Dipterokarpa. Spesies ini bersifat endemik yang bermaksud hanya ditemui di satu habitat, iaitu di Hutan Simpan Kanching, Selangor. Hutan Simpan Kanching terletak di penghujung rabung kuartzit Klang Gates, salah satu rabung kuarza daratan yang terpanjang di dunia. Kerana lokasi endemismnya, spesies ini dinamakan Merawan Kanching atau Giam Kanching. Secara komersil, pokok in dimasukkan dalam kategori giam.

giam-kanching02

Pokok Giam Kanching bersaiz kecil, berkulit licin dengan ukur lilit menjangkau 1 meter. Hopea subalata dikelaskan sebagai spesies terancam tahap kritikal disebabkan taburannya yang terhad.

Spesies ini mempunyai kaedah pembiakan yang unik dengan anak yang terhasil betul-betul menyerupai induk dari segi genetik.

Para penggemar pokok yang jarang ditemui ini boleh melihatnya berbunga di Arboretum Dipterokarpa dan Taman Botani FRIM.

BACA: Pencinta Haiwan, Anda Mungkin Ambil Serius Mengenai Fakta Ini

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram