Sebuah pencapaian yang membanggakan buat C.I. Holdings Bhd (CIHB) apabila berjaya merekodkan peningkatan keuntungan bersih tahunan berakhir 30 Jun 2021 sebanyak RM116.09 juta berbanding RM45.31 juta pada tahun lalu.

Syarikat ini turut merekodkan peningkatan pendapatan sebanyak 22% kepada RM3.14 bilion berbanding RM2.57 bilion pada tahun lalu. Harga saham bagi syarikat ini turut mencatatkan peningkatan sebanyak 232 peratus daripada 18.59 sen kepada 43.19 sen seunit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Datuk-Johari-Abdul-Ghani-1-1200×774

Menurut pengerusi CIHB, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, prestasi positif syarikat ini berjaya dicapai susulan margin yang lebih baik serta pengurusan kos yang efektif. Kekurangan kontena muatan penuh (FCL) juga berjaya ditangani dengan baik sewaktu pandemik melanda.

“Pengurusan berkesan isu logistik yang dihadapi semasa tempoh ini adalah penting kerana syarikat mengeksport lebih 95 peratus produk kepada pelanggan di 100 negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Sempena tahun kewangan 2021, lembaga pengarah syarikat mencadangkan dividen akhir peringkat tunggal sebanyak 12 sen sesaham, tertakluk kepada kelulusan pemegang saham pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) akan datang.

Tahniah diucapkan atas hasil usaha Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan semua ahli CIHB dalam usaha mencatat prestasi yang membanggakan sekaligus mencapai peningkatan keuntungan bersih sehingga RM116.09 juta.

Sempena Hari Kebangsaan ke-64, Menara TS Law sedia memancarkan imej Jalur Gemilang dan mesej patriontik bergerak sehingga Hari Malaysia yang berlangsung pada 16 September ini.

Menara TS Law Pancarkan Imej Jalur Gemilang Dan Mesej Patriotik Bergerak Sehingga Hari Malaysia

WHO Pantau Kemunculan Varian Baru COVID-19 Bernama ‘Mu’

Sumber